HalalXPlorer Logo
4 muslim friendly hotel in taiwan
27 March 2024

4 Hotel Mesra Muslim Jadi Pilihan Kami di Taiwan !

Kongsikan:

Baru-baru ini kami ke Taiwan selama 6 Hari 5 Malam. Dalam waktu yang singkat itu, kami sempat juga ke Kaohsiung, Tainan dan juga Taipei. Kiranya, memang kami tak duduk setempat. Keseluruhannya, kami berpindah-randah ke 4 tempat penginapan berbeza tau !

Menariknya, kesemua hotel yang kami menginap adalah hotel Mesra Muslim ! Jadi, kalau anda merancang untuk ke Taiwan, anda boleh cuba menginap di hotel yang kami senaraikan ini.

CHATEU de CHINE Kaohsiung

CHATEAU de CHINE Kaohsiung
CHATEAU de CHINE Kaohsiung

Semasa di Kaohsiung, kami menginap di CHATEAU de CHINE Kaohsiung. Hotel ini mesra Muslim, bertaraf 4 bintang tapi bagi kami ia sangat-sangat mewah ! Cuba tengok bilik ni !

CHATEAU de CHINE Kaohsiung
Katil di CHATEAU de CHINE Kaohsiung

Hotel ini merupakan Hotel Mesra Muslim dan diiktiraf sebagai salah satu destinasi 'Muslim Friendly Tourism' oleh 'The Chinese Muslim Association'.

CHATEAU de CHINE Kaohsiung
Papan pengiktirafan dari The Chinese Muslim Association

Antara inisiatif pihak hotel bagi melayan tetamu Muslim adalah mereka menyediakan arah kiblat, jadual waktu solat dan sejadah di dalam bilik penginapan. Selain itu, mereka juga menyediakan menu makanan yang mesra muslim pada waktu sarapan.

CHATEAU de CHINE Kaohsiung
Tanda Arah Kiblat Di Dalam Bilik Penginapan
CHATEAU de CHINE Kaohsiung
Sejadah Turut Disediakan Di Dalam Bilik Penginapan

Nampak macam biasa kan, tapi bila kita fikir balik tak semua hotel di Malaysia menyediakan waktu solat dan sejadah !

Ruangan tandas juga amat mewah dan buat kami ternganga ! Rasanya cukup nikmat jika dapat berendam di dalam tab mandi yang disediakan, tambah-tambah pula apabila keletihan setelah berjalan seharian.

CHATEAU de CHINE Kaohsiung
Tab Mandi di CHATEAU de CHINE Kaohsiung
CHATEAU de CHINE Kaohsiung
Sinki Tandas di CHATEAU de CHINE Kaohsiung

Untuk sarapan, mereka menyediakan menu yang 'mesra Muslim' dan juga 'Vegetarian' , jadi tetamu Muslim boleh menikmati hidangan tersebut. Tetapi, anda masih perlu berhati-hati kerana ada juga menu lain turut dihidangkan. Pastikan anda membaca label terlebih dahulu. Jangan main sauk je !

CHATEAU de CHINE Kaohsiung
Antara menu sarapan pagi yang sesuai buat pengunjung Muslim di CHATEAU de CHINE Kaohsiung.

Hotel Queena Plaza Tainan

Semasa berada di Tainan pula, kami menginap di Queena Plaza Tainan. Sebuah hotel yang bertaraf 5 bintang.

image 70
Kredit : Trip Advisor
Queena Plaza Tainan

Hotel Queena Plaza juga merupakan salah satu hotel mesra Muslim yang menyediakan sejadah dan takwim solat di dalam bilik.

Queena Plaza Tainan

Mereka juga menyediakan menu yang sesuai untuk Muslim. Jadi, sewaktu kami menginap disini, kami hanya memesan servis untuk penghantaran menu ke bilik.

Pada waktu sarapan, terdapat juga pilihan 'Vegetarian' dan 'Mesra Muslim'. Bagaimanapun, pilihannya tidak terlalu banyak. Tapi takpelah, lebih baik ada daripada takde langsung hehe.

Bagaimanapun, lokasi hotel ini terletak jauh sedikit dari Bandar Tainan. Jadi, anda perlu rancang perjalanan anda sebaik-baiknya.

Fuji Grand Hotel New Taipei City

4 Hotel Mesra Muslim Jadi Pilihan Kami di Taiwan ! Muslim Friendly Hotel in Taiwan
Kredit : Trip

Hotel 5 bintang ini terletak di New Taipei City, di pinggir bandar Taipei. Bagi kami, hotel ini biasa saja namun istimewanya adalah ketika waktu sarapan pagi.

4 Hotel Mesra Muslim Jadi Pilihan Kami di Taiwan ! Muslim Friendly Hotel in Taiwan
Kredit : Booking.com

Jika hotel lain hanya sekadar mempunyai menu-menu yang mesra Muslim, namun diletakkan di restoran yang sama bersama makanan lain. Namun hotel ini menyediakan ruangan khas buat tetamu Muslim !

4 Hotel Mesra Muslim Jadi Pilihan Kami di Taiwan ! Muslim Friendly Hotel in Taiwan

Disini, terdapat menu khas yang Halal dan hanya perlu dipesan pada stad di dalam bilik khas ini tanpa perlu kita pergi ke bahagian makanan buffet !

Hotel Cham Cham Taipei

Hotel ini sebenarnya terletak di New Taipei City namun masih lagi di kawasan bandar. Stesen MRT juga terletak berdekatan, jadi sangat mudah untuk anda bergerak ke mana-mana termasuklah ke lokasi paling meriah di Taipei iaitu Ximending yang boleh dikatakan ibarat 'Times Square' Taipei.

4 Hotel Mesra Muslim Jadi Pilihan Kami di Taiwan ! Muslim Friendly Hotel in Taipei
Kredit : TripAdvisor

Hotel berkonsepkan moden dan 'urban' ini mempunyai ruang yang agak terhad. Mereka juga tidak mempunyai restoran.

4 Hotel Mesra Muslim Jadi Pilihan Kami di Taiwan ! Muslim Friendly Hotel in Taipei

Untuk sarapan, tetamu Hotel Cham Cham akan ditempatkan di sebuah restoran di Caesar Park Hotel Banqiao yang terletak bersebalahan dengan Hotel Cham Cham.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA