HalalXPlorer Logo
pasar terapung pengkalan tok kuning perlis
22 October 2018

Pasar Terapung Pengkalan Tok Kuning Bakal Jadi Tarikan Baru Perlis !

Kongsikan:

Pasar terapung (Floating market) Pengkalan Tok Kuning bakal menjadi satu tarikan baharu di Negeri Perlis . Dengan konsep jualan di atas bot, ia merupakan satu lagi keunikan yang dapat menarik lebih ramai pelancong sekali gus memberi impak ekonomi kepada penduduk tempatan.

Pasar Terapung Pengkalan Tok Kuning Bakal Jadi Tarikan Baru Perlis !
Anuar Che Amat (Perlis)

Menurut Pengerusi Kelab Memancing dan Rekreasi Perlis, Mohd. Noor Hashim, 55, berkata, pasar terapung itu menawarkan keunikan tersendiri kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya lagi, cadangan mewujudkan pasar terapung di Pengkalan Tok Kuning adalah cetusan ilham Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis.

Pasar Terapung Pengkalan Tok Kuning Bakal Jadi Tarikan Baru Perlis !
Anuar Che Amat (Perlis)

“Baginda melihat tempat itu sesuai diwujudkan perniagaan atas perahu berdasarkan kedudukan dan keadaan saliran.

“ Bersama-sama penduduk kampung serta ahli-ahli persatuan, kami berganding bahu merealisasikan hasrat baginda untuk mewujudkan pasar terapung ini. Dengan adanya pasar terapung ini ,sudah tentu cabang perniagaan lain akan wujud,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Pasar Terapung Pengkalan Tok Kuning yang disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lalilatul Shahren Akashah Khalil, di sini semalam.

Mohd. Noor Hashim berkata penampilan sulung pasar terapung ini mendapat sambutan yang begitu hebat dari masyarakat. Bukan hanya dari penduduk tempatan malah ada juga yang datang dari luar.

“ Ada yang datang dari jauh semata-mata ingin melihat keunikan pasar terapung yang julung-julung kali diadakan di Negeri Perlis,” katanya.

Pasar Terapung Pengkalan Tok Kuning Bakal Jadi Tarikan Baru Perlis !
Anuar Che Amat (Perlis)

“Selain dari jualan makanan, jualan buah-buahan tempatan dan ikan segar seperti ikan pari, temenung dan selayang turut dilakukan dengan harga yang istimewa,” ujarnya .

Katanya lagi, Selain jualan pasar terapung, terdapat perkhidmatan menaiki bot nelayan bagi menyelusuri sungai Perlis dari Jeti Nelayan Pengkalan Tok Kuning menuju Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis di sini sepanjang enam kilometer dengan bayaran RM6 seorang.

Sementara itu, Nurul Husna Azmi, 25, berkata, beliau amat teruja untuk datang bagi melihat sendiri pasar terapung ini kerana pertama kali diadakan di Neger Perlis.

“Konsep pasar terapung ini sama seperti pasar terapung Klong Hae di Hatyai, Thailand. Ini merupakan satu tarikan kepada orang ramai untuk berkunjung ke Negeri Perlis,” katanya.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA