Seperti kami pernah katakan sebelum ini ! Disebabkan polisi 'social distancing' yang dikenakan di dalam sektor penerbangan , kemungkinan besar syarikat penerbangan akan menaikkan harga tiket . Anda boleh baca disini .
Terbaharu, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia mengatakan mereka sedang mengkaji untuk menaikkan harga tiket bagi perjalanan di masa akan datang susulan implementasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Tak banyak pun, sikit jer
Pengerusi Eksekutif Air Asia, Datuk Kamarudin Meranun berkata mereka sedang memperhalusi mengenai keperluan untuk menaikkan harga tiket di masa hadapan dan mereka sedaya-upaya untuk tidak membebankan penumpang mereka.
"Kalau ada kenaikan harga tiket pun, tak ketara. Sekarang ni, kami tak tau berapa kenaikan tu sebab kami tak tau berapa kapai terbang hat boleh beroperasi waktu PKPB ni."
Datuk Kamarudin Meranun ( diterjemah ke dalam bahasa Melayu loghat kedah )
"Kami akan teruih guna dynamic pricing ikut kapasiti dan permintaan. Promosi dah tentu kami buat secara berkala bila masa sesuai nanti ."
"Niat kami nak sambung balik penerbangan pun sebab nak sambung operasi ja, bukannya cari untung pun. Sebab waktu ni, memang payah syarikat penerbangan mana-mana pun nak untung. Asal dapat bayaq kos pengurusan macam maintenance dan lain-lain tu, cukup dah aih. "
Sebelum ini, Syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan Malindo Air sudah pun memberi amaran awal mengenai kemungkinan berlakunya kenaikan harga tiket sehingga 54% jika 'social distancing' diimplementasi dalam pesawat penerbangan awam. Mereka mengambil contoh di Thailand, di mana kerajaan di sana mengarahkan supaya tempat duduk tengah dikosongkan. Hal tersebut mengakitbatkan kenaikan melebihi 50 % bagi penerbangan domestik.
Sekian melaporkan, dengan santai.