Kita semua tahu untuk menjamu selera di restoran 5 bintang sepatutnya tak murah kan? Kita tahu juga nak menjamu selera dengan hidangan Dim Sum pun boleh tahan juga harganya. 2 biji Dim Sum harganya sama dengan nasi campur, atau mungkin lebih. ?
Tapi sekarang, sebuah hotel 5 bintang di Subang Jaya dapat memberikan anda pakej menjamu selera di restoran yang eksklusif, dengan menu Buffet dimsum secara Unlimited weh ! Ha, baru-baru ini kami sempat singgah ke The Emperor Restaurant di hotel Dorsett Grand Subang untuk mencuba sendiri Dim Sum Buffet Extravaganza yang sudah kembali menemui kita semua selepas diberhentikan kerana COVID-19. Fuh, restoran ni memang cantik sangat ! Cuba tengok ni
Terkenal dengan kualiti dan rasa hidangannya yang cukup lazat dalam kalangan foodie, menu ini istimewa kerana ia mampu membuka selera anda pada suapan pertama dan berlanjutan sehingga suapan terakhir? . Yang paling best, walaupun The Emperor Restaurant ini menawarkan menu makanan Chinese-Style & Oriental, tetapi mereka telah pun mendapat sijil pengesahan Halal dan juga pelbagai anugerah lain, jadi anda boleh penuhkan perut dengan makan sampai kenyang tanpa was-was ! Tengok sahajalah menu yang kami ambil ni, banyak ! Memang berbaloi jika anda datang ke sini.

Berbalik kepada Dim Sum Buffet Extravaganza, ia boleh didapati pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sahaja dari jam 11 pagi sehingga 3 petang. Harga? Bagi dewasa hanya RM88 / orang, manakala warga emas (berumur 60 tahun ke atas), kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun pula hanya dikenakan caj RM68/ orang sahaja. Murah kan? Bayar sekali, lepastu ha makanlah sampai tersandar.


Sebenarnya, anda bukan sahaja akan dihidangkan dengan menu dim sum, tetapi masih banyak lagi menu yang lain. Antara hidangan utama adalah ayam tanpa tulang digoreng dengan madu, ayam goreng dengan cili kering, udang digoreng dengan serai dan daun kari.
Itu belum masuk lagi Soup Of The Day dan juga pencuci mulut seperti ayam hirisan sejuk yang dihidangkan bersama timun cincang, obor-obor dengan sotong kurita dan kubis jeruk dengan pes cili. Anda boleh juga dapatkan itik panggang rangup gaya Hong Kong dan ayam panggang serta ayam madu berbeku. Tetapi, kami tak makan semua lah sebab kenyang dah ! Jom tengok kami makan di channel Youtube kami :
Best kan? Murah, Halal, tempat Eksklusif, pilihan menu yang pelbagai. Apa lagi? Kini giliran anda pula untuk menikmati selera di sini. Sekali lagi kami kongsikan maklumat di bawah
- Lokasi : Grand Dorsett Subang Jaya (The Emperor Restaurant)
- Harga (Dim Sum Extravaganza) : RM 88 (Dewasa) , RM 68 (Kanak-kanak, Warga Emas)
- Hari : Sabtu , Ahad & Cuti Umum
- Masa : 11 Pagi - 3 Petang
- Tempahan : +603 5031 6060 ext 1954 atau e-mel bookfnb.subang@dorsetthotels.com
Jika anda mahukan lebih banyak variasi hidangan, anda juga boleh menempah slot untuk buffet Makanthon ! Dengan Makanthon, anda boleh makan sepuas hati untuk RM68 bagi setiap dewasa dan RM48 setiap kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Bufet ini terdiri daripada pelbagai jenis makanan kegemaran tempatan dan Barat. Antaranya ialah dim sum dan makanan Cina yang istimewa. Kumpulkan ahli keluarga dan rakan-rakan anda sekarang serta sertai kami untuk Makanthon setiap malam dari jam 6 petang hingga 10 malam. Ini adalah promosi yang anda tidak akan mahu ketinggalan.
