HalalXPlorer Logo
16 June 2021

Malaysia tidak hantar jemaah haji buat tahun ke-2 berturut-turut , akur keputusan Saudi

Kongsikan:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri , berkata Malaysia tidak akan menghantar jemaah haji bagi tahun ini
Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri . Sumber : BHM

Malaysia tidak akan menghantar jemaah haji bagi Musim Haji 1442H (tahun 2021) berikutan keputusan kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan ibadah itu dilaksanakan oleh warganegara dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataan berkata, perkara itu disebabkan situasi semasa pandemik Covid-19 yang membimbangkan di seluruh dunia.

Sehubungan itu, beliau berkata Lembaga Tabung Haji akan menguruskan segala urusan rakyat Malaysia yang telah berada di sana dan terpilih untuk menjadi jemaah haji, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Arab Saudi.

Kehadiran solat Jumaat di Masjidil Haram terjejas
Masjidil Haram, terletak di Mekah. Gambar : Berita Harian

Dr Zulkifli juga memohon maaf kepada semua bakal jemaah haji yang terpaksa menangguhkan ibadah Haji pada tahun ini dan menegaskan keputusan yang diambil amat berat dan sukar untuk diterima bagaimanapun hifz al-nafs (memelihara nyawa) adalah salah satu daripada prinsip Maqasid Syariah yang sentiasa dijunjung oleh kerajaan Malaysia dalam mengambil sebarang keputusan.

“Saya menginsafi situasi yang sedang kita hadapi mutakhir ini sebagai sebuah ujian yang amat berat. Pun begitu, saya tetap yakin dengan doa dan munajat kita semua yang sudah pasti pandemik Covid-19 akan berlalu pergi dari kamus kehidupan kita,” katanya.

Sumber : Bernama

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA