Dokumen kebenaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tidak akan diterima oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai kelulusan pergerakan yang sah untuk merentas negeri berkenaan berkuat kuasa bagi tempoh 18 hingga 21 Julai 2021.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, arahan ini akan dikuatkuasakan di semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan-sempadan negeri bagi mengelakkan tindakan tidak bertangungjawab sesetengah individu yang menyalahgunakan surat MITI berkenaan sebagai kelulusan merentas negeri sempena sambutan Aidiladha.
Bagaimanapun larangan ini tidak terpakai bagi tujuan kecemasan dengan kebenaran pihak polis, serta urusan vaksinasi.
Jadi, ingat ya . Jangan menyalahguna dokumen sebagai alasan untuk pulang ke kampung !