Secara diam-diam, UAE telah melancarkan vaksin dalam industri pelancongan secara senyap-senyap, yang mana ermiriyah Abu Dhabi menawarkan dos vaksin secara percuma kepada warga negara luar yang mempunyai visa dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Abu Dhabi belum secara rasmi mengumumkan bahawa mereka akan memberi vaksin kepada pelancong, tetapi pihak berkuasa di sana mengatakan dalam pernyataan ringkas awal bulan ini bahawa vaksin Covid-19 percuma akan diberikan kepada sesiapa yang mempunyai visa.
Malah, sekarang, aplikasi penjagaan kesihatan Abu Dhabi mempunyai kemudahan bagi pelawat untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin sama ada dari Pfizer atau vaksin Sinopharm buatan China. Aplikasi ini mempunyai dua tab berasingan - satu untuk warga UAE dan penduduk tetap, dan satu lagi untuk pelawat luar.
Pengunjung boleh membuat janji temu dengan menggunakan maklumat pasport mereka di aplikasi, yang menyatakan bahawa mereka yang memiliki visa yang dikeluarkan Abu Dhabi atau dengan pasport "memenuhi syarat untuk visa tiba" dapat mendaftar untuk divaksinasi. Bukti visa atau cap masuk diperlukan.
UAE juga memberikan vaksin kepada sesiapa yang telah tamat tempoh visa demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan semua, di tambah pula di saat kesusahan sewaktu pandemik ini.