HalalXPlorer Logo
10 aktiviti menarik di maha 2022
14 August 2022

10 Aktiviti Menarik Boleh Dilakukan di MAHA 2022

Kongsikan:

Selepas ditangguhkan selama 4 tahun atas beberapa faktor termasuklah pandemik yang melanda dunia sebelum ini, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 kini kembali.

Bertemakan Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan, MAHA 2022 kali ini akan berlangsung selama 11 hari iaitu dari 4 sehingga 14 Ogos ini dengan pelbagai aktiviti dan pameran menarik. Jom tengok !

Cuci Mata Lihat Flora & Tumbuhan di Laman Florikultur

image 18 11
Kredit : Bernama

Bagi pencinta tanaman dan bunga-bungaan, anda boleh 'cuci mata' dan bergambar di Miracle Garden atau laman Agrofood Florikultur yang mempamerkan keindahan landskap berkonsepkan bunga-bungaan unik serta tumbuhan yang boleh dimakan melalui pertanian pintar. Bolehlah anda melawat sambil belajar berkebun sendiri di rumah.

secara keseluruhan, terdapat lapan taman bunga diketengahkan iaitu Taman Pelangi, Taman Vertikal, Taman Bunga Matahari, Taman Tropika, Taman Petunia, Taman Orkid, Taman Urban dan Taman Inggeris dengan lebih 20,000 tanaman dengan lebih 77 species tumbuhan disini.

Mempunyai keunikan yang berbeza antara satu sama lain, Taman Bunga Matahari diolah dengan menyusun rapat ratusan bunga bagi memberikan impak seakan sinaran mentari, selain dihiasi dengan struktur cermin dan kincir angin bagi memberikan pantulan refleksi serta membangkitkan keinginan pengunjung untuk merakamkan gambar.

Taman Tropika pula mengetengahkan lebih 15 daripada spesies tumbuhan herba dan bunga eksotik yang jarang ditemui oleh orang ramai. Ini termasuk spesies tumbuhan bunga giant bird of paradise, lempoyang, rattle snake dan sepit udang yang lazimnya hanya boleh ditemui di kawasan hutan tanah tinggi seperti Cameron Highlands, Pahang.

Setiap tumbuhan di Taman Tropika mempunyai fungsi etnobotani yang baik, tidak hanya bersifat cantik malah boleh dijadikan ubat kepada manusia. Oleh itu, apabila berada di taman ini, pengunjung akan dapat merasai pengalaman seperti sedang berada di dalam hutan tropika.

Selain itu, elemen kolam buatan, pancuran air, pagar, gerbang arca dan kerusi taman juga digunakan untuk melengkapi Tanaman Hiasan Semusim serta pokok juniper di Taman Inggeris bagi memberikan pesona seakan Hyde Park, London.

Taman Bandar pula, pengunjung disajikan kelainan dengan berpeluang melihat beberapa arca bermotifkan daun selain didedahkan dengan aktiviti pertanian bandar yang menggunakan kaedah konvensional iaitu batas tanaman atau raised bed serta pertanian moden hidroponik di laman rumah atau di kawasan kebun komuniti.

Konsep pertanian ini diharap dapat memberikan panduan kepada pengunjung untuk menjimatkan barangan dapur dan menjana pendapatan sampingan. Antara tanaman yang sesuai untuk penanaman ini ialah pokok limau purut, pokok limau kasturi, kunyit, pandan wangi, pudina, kari dan cili api.

Jabatan Pertanian turut menyediakan pelbagai aktiviti sampingan seperti demonstrasi penghasilan produk kecantikan menggunakan bunga dan herba, jualan input pertanian, kuiz dan hiburan santai sepanjang pameran bagi menarik kehadiran kira-kira 1.1 juta pengunjung.

Masuk ke Surga Buah-Buahan di Castle of Fruits

image 18 12
Kredit Gambar : Selak Selak

Anda peminat buah-buahan terutamanya buah tempatan ? Anda wajib mengunjungi Castle of Fruits yang dikelolakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebab disini ada 11,111 produk jualan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan florikultur.

Castle of Fruits yang membawa tema Istana Kenangan Perak itu terletak di Laman Tiba 1. Pada pameran kali ini, FAMA memilih buah dari keluarga ‘Artocarpus’ seperti nangka, cempedak dan sukun sebagai buah utama yang diketengahkan kepada pengunjung.

Sebnyak 300 tan metrik buah-buahan tempatan dan luar negara dibawa oleh FAMA dengan dengan menyasarkan nilai jualan sebanyak RM4 juta.

Di Castle of Fruits, terdapat penyertaan dari 82 usahawan yang terdiri daripada peserta ladang kontrak MAFI, usahawan sayur dan buah tempatan, koperasi pertanian, usahawan florikultur dan input pertanian serta usahawan produk buah tempatan.

Melawat Pavilion Setiap Negeri

image 18 7
Pavilion Negeri Terengganu. Kredit : Tourism Malaysia

MAHA 2022 juga menampilkan 13 pavilion negeri yang masing-masing mempunyai reka bentuk sangat unik

Pavilion-pavilion negeri itu mengetengahkan ciri-ciri negeri-negeri di Malaysia termasuk keunikan kesenian budaya, pusat tarikan pelancongan, produk dan makanan yang boleh dinikmati oleh pengunjung di negeri-negeri tersebut.

Pelbagai demonstrasi, pertandingan, taklimat, kuiz dan permainan telah disediakan untuk pengunjung melawat pavilion negeri.

Sebagai contoh, aktiviti yang diadakan di Pavilion Negeri Pahang adalah slot masakan, slot Pahang Kita (Kuiz Percutian), demonstrasi pembuatan vanilla, slot kebudayaan, slot pertandingan rakyat, slot seni silat dan pelbagai lagi.

Di Pavilion Negeri Melaka pula terdapat Pertunjukan Kebudayaan Menarik Untuk Tontonan Anda. Anda boleh berhibur dengan tarian Dondang Sayang, Portugis Ora Vira, Chetti, dan Nyonya Pakai Bunga.

image 18 4

Selain itu, terdapat juga Pertunjukan Kelapa Lambung yang sangat terkenal di Melaka. Pengunjung boleh mencuba sendiri untuk melambung kelapa sambil menikmati air kelapa segar.

image 18 6

Terdapat juga Pertunjukan Silat, Pertunjukan Sepak Raga Bulatan, demonstrasi masakan asam pedas, kuih bakar, makanan berasaskan madu dan dodol.

image 18 5
image 18 3

Demo Interaktif Anyaman Rotan dan pengunjung akan membawa balik produk anyaman rotan yang dihasilkan sebagai cenderahati secara percuma, Demo Interaktif Membuat Mask dan pengunjung akan menerima mask yang dihasilkan sendiri sebagai cenderehati secara percuma.

Demostrasi Melipat Tanjak Budaya Melaka dengan gaya Janda berhias, Senja berlabuh, Pelangi petangDan ikatan rasmi negeri

Demostrasi Surface Deco Seramik. Pengunjung akan dapat belajar teknik dekorasi seramik dan membawa balik seramik yang telah dihasilkan secara percuma.

Sertai Segmen Cantik Itu Bonus pedicure dan inai secara percuma. Anda juga boleh mendapatkan Produk- Produk Usahawan Melaka dengan Harga Yang Berpatutan dan promosi.

image 18 1

Paling penting, anda akan dapat Makan Makanan Negeri Melaka tanpa perlu ke Negeri Melaka!

image 18 2

Sama juga kisahnya dengan pavilion negeri-negeri lain memang sarat dengan aktiviti unik dan tersendiri yang merupakan keistimewaan negeri tersebut. Tak larat kami nak senaraikan kesemuanya.

Lihat Lembu Sado Puteh & Pokjak

image 18 8
Kredit Gambar : Kosmo

Di Laman Ternakan, anda boleh melihat dua ekor lembu sado jenis hibrid secara dekat.

kedua-dua lembu yang diberi nama Puteh dan Pokjak masing-masing berusia empat dan tiga tahun itu sentiasa menjadi tumpuan selama pameran MAHA berlangsung.

Puteh merupakan lembu hibrid daripada baka Charolais, manakala Pokjak daripada baka Limousin yang mempunyai berat lebih 900 kilogram.

Katanya, berdasarkan berat dan saiz, Puteh dan Pokjak ma­sing-masing dianggarkan bernilai sekitar RM25,000 sementara Pokjak pula sekitar RM33,000.

Selain itu, anda boleh melihat pelbagai lagi haiwan lain di Laman Ternakan yang terletak berhampiran Laman Tiba 2.

Orang ramai boleh mengunjungi zon Livestock Show Valleyuntuk menyaksikan demonstrasi permanian beradas, pemeriksaan kebuntingan serta pengumpulan dan analisis semen kambing dan bebiri.

Bagi pameran lembu penjantan baka dan teknologi penternakan pintar, pengunjung boleh ke zon Livestock Fair Valley dan Garden Hall.

Kami turut menyarankan pengunjung ke zon Pet Valley untuk bermesra, bergambar dan memberi makan kepada haiwan pada kadar bayaran berpatutan.

Dapatkan Peluang Pekerjaan Berkait Agro

image 18 9

Di samping itu, MAHA 2022 turut berusaha untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan melibatkan pertanian dan mempromosinya kepada generasi muda.

MAHA 2022 juga ada Agro Food Job Fair iaitu platform kepada belia-belia yang ingin mencari pekerjaan sekali gus mempromosikan potensi pekerjaan dalam bidang pertaniaan. Sasarannya adalah menyediakan 5,000 pekerjaan hasil kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan 1,000 syarikat.

Bagaimanapun, akhirnya terdapat 15,000 tawaran kerja melebihi sasaran. Belia boleh mendaftar dalam talian terlebih dahulu, isi profil dan setibanya di MAHA menjalani temuduga dengan syarikat berdasarkan pencapaian akademik dan latar belakang pendidikan mereka.

Lihat Kehidupan Marin di Agrofood Perikanan

image 18 10
Sumber : Jabatan Perikanan Malaysia

Jangan lupa datang ke Laman Agro-Food Perikanan yang mengetengahkan galeri-galeri menarik dan inovasi mekanisasi sektor perikanan.

Antara tarikannya ialah Galeri Sea of Life yang memaparkan konsep pengurusan pelbagai ekosistem. Pameran Usaha Konservasi Perikanan seperti tukun, penyu dan spesies terancam merupakan antara aktiviti yang ada di dalam galeri ini, sebagai usaha menyebarkan kepentingan konservasi kepada orang ramai.

Igloo Showcase yang diadakan di Galeri Sea of Life pula adalah aktiviti interaktif 3D (tiga dimensi) dasar laut yang akan memberi pengalaman istimewa kepada pengunjung.

Galeri Inovasi Perikanan pula mempamerkan projek di bawah Program Mekanisasi dan Automasi yang bermatlamat memudahkan kerja nelayan khususnya dalam tangkapan kerang.

10 penciptaan baharu, antaranya Ergo Cockles Harvester dan Hydro Cockle Sorter dipamerkan dalam galeri tersebut.

Galeri lain oleh Jabatan Perikanan ialah ‘Tuna in the House’, Dunia Santuari Ikan Sungai, Dunia Sains Akuatik, Perikanan Tangkapan, Teknologi Akuakultur, Ikan Hiasan, Penguatkuasaan, Aquarius, Sangkar Ikan Air Tawar myGAP, myAgroprenuer Muda dan DOF Showcase.

Selain itu, enam lagi laman agro yang menanti anda ialah laman Agrofood Perikanan, Agrofood Padi, Sayuran & Herba, Agrofood Nanas, Agrofood Ternakan dan Laman Mekanisasi.

'Food Hunting' Pelbagi Jenis Makanan

Memang surga makanan. Tak kisah anda mahukan selera antarabangsa ataupun selera tempatan, kesemuanya ada disini. Terdapat pelbagai medan selera dan gerai-gerai menjual makanan dan minuman menanti anda.

image 18 13
Kredit Gambar : Kosmo

Kegemaran kami adalah Empayar Makanan yang terletak di Dewan D , berdekatan Laman Tiba 1 disebabkan dereta gerai makanan dan juga foodtrucks yang menjual macam-macam hidangan warisan dari serata negeri dalam Malaysia, makanan viral dan trak makanan.

image 18 14
Kredit Gambar : Kosmo

Antara yang terdapat disini adalah Nasi Ganja Pegheleh, Oyster Viral serta makanan warisan Sabah dan Sarawak seperti sagol, daging kilau dan mi kolok.

Rasai Suasana Ladang di Laman Nanas

image 18 15
Kredit : Bernama

Laman Agro Nanas (Laman Nanas) bakal memberikan pengalaman kepada pengunjung untuk merasai sendiri suasana di ladang nanas sebagai satu daripada usaha untuk menerapkan ilmu pertanian nanas kepada pengunjung sekali gus dapat memangkin minat masyarakat terhadap industri itu.

Di Laman Nanas mereka menyediakan satu kawasan penanaman seluas dua ekar (0.8 hektar), melibatkan penanaman lebih tujuh jenis nanas yang terdapat di dalam negara antaranya Josapine, MD2 dan Yankee.

Di ladang itu, pengunjung akan dapat melihat sendiri perbezaan umur pokok nanas dan plot nurseri yang disediakan juga dapat memberikan maklumat kepada pengunjung berkenaan jenis-jenis sulur nanas yang dijadikan sebagai sumber benih untuk penanaman nanas.

Inovasi terbaharu berkenaan teknik penanaman nanas pada waktu malam (Pineapple Night Farming) juga ditonjolkan bagi memberi pendedahan mengenai kepelbagaian kaedah pengurusan tanaman buah itu yang secara lazimnya dilaksanakan pada waktu siang.

Sokong Produk IKS

Terdapat pelbagai jualan dari usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) di seluruh kawasan MAHA. Tetapi, yang paling banyak adalah di dewan Agro Business. Pelbagai reruai perniagaan Industri Kecil & Sederhana berada disini merangkumi produk makanan, minuman, produk kesihatan dan pelbagai lagi. Jangan lupa untuk mencuba makanan yang diberikan secara percuma disini.

Melawat Laman Herba

Laman ini mempunyai gabungan lebih 150 spesies tanaman herba, ramuan dapur, bunga-bungaan dan buah-buahan yang mempunyai nilai perubatan, warna-warni, berbau wangi dan ditanam secara landskap untuk memberi kesan terapeutik kepada pengunjung.

Pengunjung dapat mengenali pokok-pokok ramuan secara lebih dekat serta mengenali dan menghayati kegunaan pokok-pokok tersebut. Keindahan pokok-pokok bunga yang berwarna-warni dan berbau wangi pastinya memberi kesan terapi warna dan aroma kepada pengunjung.

Tumbuhan herba terdiri daripada tumbuhan ubat-ubatan, ulam-ulaman, sayur-sayuran tradisional dan tumbuhan beraroma. Taman ini sebagai pusat sehenti yang sesuai untuk golongan penyelidik, pelajar-pelajar sekolah serta pelajar institusi pengajian tinggi dan juga kalangan orang awam yang berminat untuk mengenali dengan lebih dekat bentuk pokok dan kegunaannya secara tradisional. Taman Herba ini dibangunkan berkonsepkan landskap untuk memberikan keselesaan dan daya tarikan kepada pengunjung.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA