Sekali-sekala bosan juga kita terperap dalam rumah kan. Walaupun mempunyai rumah sendiri, ada juga perasaan untuk menginap di hotel walaupun kita bukanlah pelancong asing.
Haa tapi tak tahu nak staycation di hotel mana? Harini kami nak senaraikan 23 hotel terbaru di Malaysia yang anda boleh kunjungi untuk dapatkan pengalaman staycation yang anda nanti-nantikan !
Hyatt Centric Kota Kinabalu
Jangan terkeliru dengan Hyatt Regency Kota Kinabalu ya. Hyatt Regency Kota Kinabalu telah lama dibuka manakala Hyatt Centric Kota Kinabalu adalah jenama Hyatt Centric pertama di di Asia Tenggara.
Hyatt Centric Kota Kinabalu ialah hotel butik dengan gaya moden yang dijadualkan dibuka di kawasan pusat bandar Kota Kinabalu pada Oktober 2022.
Direka oleh arkitek terkenal Jepun Kengo Kuma, Hyatt Centric Kota Kinabalu menawarkan 222 bilik dan suite setiap satu dengan balkoni peribadi yang menghadap ke Laut China Selatan serta bukit-bukit hijau atau pusat bandar yang sibuk. Pengembara juga boleh menikmati pemandangan indah ini dari kolam renang atas bumbung, dan restoran .
M Resort & Hotel Kuala Lumpur
M resort & Hotel baru sahaja dibuka pada Hari Kebangsaan, 31 Ogos yang lalu.
Resort 5 bintang ini operasikan dan dimiliki 100 peratus oleh jenama tempatan. Malah, nama resort ini pun mengambil inspirasi huruf pertama dalam perkataan Malaysia iaitu 'M'.
M Resort Hotel menawarkan 385 bilik tetamu yang terdiri daripada bilik Standard, Superior, Deluxe dan Suite Eksekutif.
Ia turut menyediakan kemudahan persidangan / mesyuarat, spa, restoran dan pusat kecergasan yang beroperasi sepanjang hari, kolam renang dengan gelongsor air dan Kids' Club.
Hotel gaya hidup yang diinspirasikan dengan budaya tempatan ini juga menawarkan pemandangan Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA).
Doubletree by Hilton Shah Alam i-City
Lepas ini nak pergi i-City lama-lama sampai lewat malam pun boleh, tak perlu risau nak pandu atau balik rumah lewat sebab dah boleh tidur kat i-City.
Ini hotel terbaru di Shah Alam yang dibuka secara rasmi 27 Julai lalu, di bawah kumpulan hospitaliti terkenal dunia, Hilton.
Doubletree by Hilton i-City Shah Alam, sebelah dengan kompleks membeli-belah Central i-City dan berhadapan pintu masuk ke taman tema i-City.
Dengar cerita, hotel terbaru ini bukan main canggih lagi sebab ada langsir yang boleh dibuka secara automatik.
@surgaroute Hotel baru buka ni ! #doubletreebyhilton ♬ BIZCOCHITO - ROSALÍA
Amari Kuala Lumpur
Mula dibuka 19 September 2022. Hotel ini terletak di tengah-tengah KL Eco City, hanya beberapa langkah dari The Gardens Mall dan Mid Valley Megamall, dan hanya 45 minit dari KLIA. Amari Kuala Lumpur adalah hotel perniagaan yang strategik di Kuala Lumpur.
Ia juga bersambung terus ke stesen komuter LRT dan KTM serta dikelilingi oleh pejabat korporat antarabangsa termasuk Mercu 2 dan 3, Menara Aspire, Menara The Gardens Utara dan Menara Selatan, Centrepoint dan Menara IGB di KL Eco City dan Mid Valley City.
252 bilik dan suite tetamu mereka, setiap satu dipenuhi dengan kemudahan moden, ruang kerja yang luas dan tingkap dari lantai ke siling, menjadikannya hotel ideal buat pengembara perniagaan.
Amari SPICE Pulau Pinang
Amari SPICE Penang ialah hotel perniagaan terkemuka yang terletak di tengah-tengah Daerah Pusat Perniagaan Pulau Pinang di Bayan Lepas.
Terserlah dari segi penampilan dan perkhidmatan, Amari adalah mercu tanda untuk pengembara perniagaan, hanya 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan bersambung terus ke Pusat Konvensyen SPICE. Hotel ini akan mula menerima tetamu bermula 1 November ini.
Doubletree by Hilton Damai Laut Resort
Dahulunya dikenali sebagai Swiss Garden Damai Laut Resort, kemudian ditutup untuk proses penjenamaan semula.
Kini, ia akan dibuka semula pada 15 September dengan operator dan jenama baharu iaitu Doubletree by Hilton Damai Laut Resort.
Proses renovasi dan penambahbaikan telah dilakukan. Kini resort tersebut tampil dengan dekorasi lebih segar dan kontemporari.
Tempahan sudah mula dibuka di laman web hilton untuk tarikh 15 september ke atas.
Parkroyal Collection Kuala Lumpur
PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur direka bentuk dengan mengambil kira alam sekitar. Hotel ini terdiri daripada 527 bilik dan suite dengan fasad taman menegak yang mempamerkan dedaunan seluas 13,000 kaki persegi dan pelbagai ciri hijau, ruang mesyuarat dan restoran mewah untuk meningkatkan pengalaman menjamu selera anda.
Berehat dalam dunia biofilia yang terletak di antara bangunan pencakar langit bandar sambil menikmati fasiliti hebat yang terdiri daripada spa St Gregory, gimnasium moden dan studio kecergasan, serta kolam renang luaran yang dikelilingi oleh kehijauan yang subur.
Avante Hotel Bandar Utama
Kami sebenarnya 'tak boleh brain' , macamana hotel 5 bintang ini belum viral lagi, sebab hotel ini mempunyai pelbagai kelebihan yang tak ada di tempat lain.
Hotel 5 bintang di Lembah Klang selalunya adalah hotel bisnes, tidak mesra kanak-kanak seperti resort di tempat pelancongan. Tetapi, di Avanté Hotel Bandar Utama ini, ada kids club yang luas sangat tau ! Fuh, memang best.
Jika anda nak berjalan-jalan, jangan risau sebab mereka menyediakan perkhidmatan 'shuttle' percuma ke pusat membeli-belah 1 Utama, The Curve, IKEA Damansara.
Kalau nak pergi sendiri pun boleh sebab lokasi hotel ini sangat strategik di Bandar Utama. Sebut sahaja lokasi mana di Lembah Klang yang anda mahu pergi, semuanya dekat sahaja dari sini.
Kalau pengangkutan awam pula, anda boleh sahaja ke MRT Bandar Utama dengan berjalan kaki melalui jejantas yang disediakan. Di bahagian bawah hotel pula ada hub bas. Tak lama lagi, ada stesen LRT 3 pula berdekatan sini.
Bagi kami, salah satu lagi tarikan utama Hotel Avante ini adalah kolam mandi infiniti yang menawarkan pemandangan sungguh indah. Siap boleh nampak bangunan PNB Merdeka 118 dari kejauhan !
Bab dekorasi pula, daripada luar, lobi sampai ke bilik semuanya cantik. Maklumlah, hotel ini baru dibuka secara rasmi pada November 2021. Semuanya memang nice !
Parkroyal Langkawi Resort
PARKROYAL Langkawi Resort terletak di lokasi berhadapan pantai di Pantai Tengah yang indah, pantai terpanjang di UNESCO Geopark Langkawi.
Resort ini dikelilingi oleh restoran, hiburan malam dan aktiviti pantai, serta 20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan 18km dari Bandar Kuah.
Resort ini akan dibuka pada Disember 2022 dengan 310 bilik tamu moden - termasuk suite premium dengan kolam renang celup langit yang unik dan tujuh vila eksklusif - dan kemudahan termasuk restoran sepanjang hari dan bertema, bar pantai, spa, gimnasium, ruang istirahat keluarga, pelbagai peringkat. kolam renang dan ruang acara luar.
Mercure Langkawi Pantai Chenang
Ingatkan hotel dekat Phuket, rupanya di Langkawi ja ni. Inilah dia Mercure Langkawi Pantai Chenang.
Kalau pergi Langkawi memang salah satu tempat terbaik nak menginap di Pantai Chenang sebab ini pantai paling meriah di Langkawi. Nak shopping senang, nak pi Underwater World jalan kaki, nak mandi laut kat depan mata ja, nak makan pun macam-macam ada.
Hotel ni pula baru lagi, baru buka bulan April haritu jaaa. 4 bintang tau.
Mercure Living Putrajaya
Baru tahu rupanya ada satu hotel baru dibuka di Putrajaya iaitu Mercure Living Putrajaya. Terletak di Shaftsbury, berhadapan kompleks membeli-belah Alamanda Putrajaya.
Paling best hotel ni adalah ianya merupakan hotel apartment. Bermakna kesemua unit di sini besar-besar, ada ruang tamu, dapur, ruang makan dan bilik. Tak macam bilik hotel biasa yang masuk-masuk terus katil tu.
Ada 299 unit apartment yang terdiri daripada unit studio, apartment 1 bilik dan juga apartment 2 bilik. Memang sesuai untuk keluarga, tak perlu bawa toto dan suruh anak tidur bawah.
Peralatan dapur pun disediakan yaaa, boleh masak-masak. Heeee. Kolam renang pula, kami dah survey kesemua kolam renang hotel di Putrajaya, kolam renang sini paling besar.
Komune Living & Wellness Cheras
Nak staycation di Kuala Lumpur, tapi tak nak kawasan serabut. Nak kawasan banyak kehijauan dan aktiviti. Nampak macam tak boleh jumpa kan ?
Sebenarnya ada jer. Ini kami cadangkan hotel yang baru beberapa bulan sahaja dibuka. Namanya Komune Living & Wellnes Cheras.
Dengar nama jer dah tahu hotel ini memang mementingkan kualiti semasa menginap.
Terletak di Taman Tasik Permaisuri yang berkeluasan 99 ekar, Komune Living & Wellnes ini merupakan 'Wellness & Co-Living' dalam taman yang terbesar Asia Tenggara. Memang sesuai untuk 'short-stay' ataupun 'long-stay'.
Dekat sini ada pusat perubatan tradisional, klinik, klinik gigi, salon, spa, pusat kesihatan dan macam-macam fasiliti berkait perubatan lain.
Selain itu, ada juga gimnasium, kolam renang, bilik permainan, bilik karaoke, bilik wayang, F&B, kedai serbaneka dan pelbagai lagi.
Semua yang anda perlukan berada di bawah satu bumbung.
Kalau nak short stay, harga selalunya sekitar RM150 sahaja.
STEG Hotel Kuala Lumpur
STEG Hotel Kuala Lumpur terletak di Chow Kit, menjadikan akses anda ke PWTC, Sunway Putra Mall dan Bank Negara begitu mudah.
Dari luar mungkin STEG Hotel ini nampak biasa-biasa saja, tapi tunggu sampai anda lihat ke bahagian dalam dengan dekorasi 'chic' yang pastinya membuat anda kagum.
Lain dari kebiasaan kolam renang berlantai biru yang memberi gambaran anda seolah berenang di lautan, kolam renang di STEG Hotel dihiasi dengan warna merah bermula dari payung, lantai kolam sehinggalah tempat duduk memberikan anda suasana yang segar.
Unit bilik disini pun agak besar dengan pelbagai tema. Antara yang menarik adalah The Love Nest dan juga Sakura Suite.
Fairfield by Marriott Kuala Lumpur Jalan Pahang
Sebuah lagi hotel mesra poket berjenama antarabangsa di bawah kumpulan Marriott-Bonvoy di Kuala Lumpur atau lebih tepat di Jalan Pahang.
Ini adalah Fairfield by Marriott Kuala Lumpur Jalan Pahang , hotel Fairfield by Marriott pertama di Kuala Lumpur.
Buat ahli program kesetiaan Marriott-Bonvoy pasti tidak asing lagi dengan nama hotel ini yang menawarkan fasiliti lengkap dan hospitaliti terbaik pada kadar harga penginapan yang berpatutan.
Terdapat lebih 700 Hotel Fairfield di Amerika Syarikat, Kanada & Mexico. Kini, anda boleh menikmati pengalaman menginap 'Great Value' yang ditawarkan mereka di Kuala Lumpur.
Lokasinya di Jalan Pahang amat strategik dengan stesen LRT Titiwangsa , Monorel Titiwangsa & Monorel Chow Kit serta lokasi tumpuan iaitu Kampung Baru, Jalan Tunku Abdul Rahman, Chow Kit, Hospital Kuala Lumpur dan pelbagai lagi.
Dengan bangunan setinggi 13 tingkat, bangunan ini menempatkan 186 bilik, 1 bilik mesyuarat, gimnasium/pusat kesihatan, ruang istirehat/lounge.
Di bawah kumpulan Marriott-Bonvoy, hotel ini diletakkan di bawah 'Category 1'.
Jika anda mempunyai urusan di Kuala Lumpur boleh sangat menginap disini nanti.
Capri by Fraser Bukit Bintang
Antara penginapan mesra keluarga dan paling besar di Bukit Bintang adalah Capri by Fraser yang baru sahaja dibuka.
Capri by Fraser adalah sebuah apartment-hotel dengan unit bilik paling kecil adalah jenis studio. Jadi, memang puas lah tidur disini sebab luas.
Fasiliti yang disediakan juga pelbagai dari pusat kesihatan, bilik permainan, restoran dan pelbagai lagi.
Menginap disini, anda boleh berjalan kaki untuk ke pusat membeli-belah terkenal di sekitar Bukit Bintang seperti Lot 10, Pavilion Kuala Lumpur, The Starhill, Fahrenheit 88, Sungei Wang, Low Yat dan Berjaya Times Square.
IDEAS Kuala Lumpur
IDEAS Kuala Lumpur adalah sebuah hotel yang beroperasi di satu bangunan hotel yang telah direnovasi. Sebelum ini bangunan yang sama juga pernah menempatkan Summit Hotel dan juga Quality Hotel.
Tetapi, apabila anda masuk ke hotel IDEAS Kuala Lumpur ini anda memang tak akan rasa bangunannya telah berusia sebab renovasi yang dilakukan berjaya menampilkan dekorasi yang kontemporari dan moden.
IDEAS Kuala Lumpur juga banyak mendapat pujian dari segi servis dan kualiti perkhidmatannya. Terutama makanan-makanan yang dihidangkan di restoran mereka sangat sedap.
Lokasi hotel ini terletak di Jalan Raja Laut. Jadi sesiapa yang nak membeli-belah di sekitar Chow Kit, atau Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR) memang sesuai sangat menginap disini.
Else Kuala Lumpur
Else Kuala Lumpur adalah sebuah hotel butik mewah yang baru dibuka pada Julai 2022. Bukan tipu-tipu ya, Else Hotel Kuala Lumpur adalah salah satu ahli Small Luxury Hotels Of The World (SLH), jadi anda boleh membuat tempahan secara terus melalui laman web SLH.
Else Hotel ini mengambil alih bekas bangunan Lee Rubber yang dibina pada 1930 dengan senibina 'Art Deco' di Jalan Tun H S Lee , Kuala Lumpur.
Bangunan ini pernah menjadi kediaman percutian Yap Kwan Sen dan pernah juga digunakan oleh kerajaan Jepun sebagai ibu pejabat polis rahsia Jepun semasa Perang Dunia II.
Terdapat 49 bilik dan suite, kolam renang,bilik lukisan dan perpustakaan, gimnasium dan studio senaman yang canggih, bilik dewan, dua restoran.
Seronok bila tengok semakin banyak bangunan lama dipelihara dan dipulihara di negara kita. Dulu-dulu tengok perkara macam ini di Eropah sahaja.
Le Méridien Petaling Jaya
New World Hotel Petaling Jaya, sebuah hotel bertaraf 5-bintang kini dikenali sebagai Le Méridien Petaling Jaya mulai 1 Jun 2022.
Le Méridien merupakan antara jenama premium di bawah Marriott International dan bakal melalui transformasi untuk menawarkan pengalaman gaya hidup yang eksklusif kepada penginapnya.
Hotel yang mengandungi 300 bilik ini disasarkan kepada para pelanggan terdiri daripada pelancong dan pengembara korporat dengan menawarkan khidmat pelanggan berdasarkan piawaian Marriott International.
Le Méridien, sebuah jenama penginapan mewah dan ternama yang mula ditubuhkan oleh Air France dari Perancis menawarkan pengalaman yang menguja dengan perspektif unik melalui gabungan elemen Chic, Cultured and Discovery yang diinspirasikan berdasarkan tempat kelahiran jenama tersebut iaitu Paris.
Santa Grand Signature Kuala Lumpur
Terletak di Menara Santa di Jalan Ampang, hotel ini terletak berdekatan tarikan seperti Petrosains, Avenue K, The Linc.
Hotel 4 bintang ini turut menyediakan mempunyai restoran, kolam renang, sauna dan pusat kecergasan di Kuala Lumpur. Antara kemudahan di tempat penginapan ini ialah kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan perkhidmatan bilik, serta WiFi percuma di seluruh kawasan penginapan. Tempat letak kenderaan persendirian boleh diaturkan dengan bayaran tambahan.
Semua unit di hotel ini dilengkapi dengan cerek. Unit-unit ini akan menyediakan tetamu dengan penghawa dingin, peti deposit keselamatan dan TV skrin rata.
The Granite Luxury Hotel
Rasanya orang Penang pun ramai tak tau ni. Kalau anda pergi ke Jalan Magazine di Georgetown, ada satu hotel canggih yang mempunyai kolam renang dengan lantai kaca !
Kiranya kalau anda lalu di bawah memang boleh nampak tetamu berenang di dalam kolam.
Haaa, memang best tau. Tapi buat apa tengok dari bawah kan. Baik menginap dan berenang disini.
Selalu orang tunjuk glasswalk saja, yang ni baru betul real deal. Kaki tak pijak lantai. Rasa macam terapung. Kalah infinity pool.
Kolam renang di hotel ini mendapat anugerah dari 'Malaysia Book of Records' sebagai 'Highest Cantilevered Acrylic Bottom Swimming Pool' pada ketinggian 49.5 Meter.
Satu lagi keistimewaan hotel ini adalah tempat letak kenderaan dia yang merupakan tempat letak kenderaan hotel secara automatik tertinggi di Malaysia pada ketinggian 71.2 Meter.
Kalau parking kat sini, tak payah risau nak bawa kereta pusing 'ramp'.Bila ke sini, hanya kereta anda sahaja akan naik lif yang disediakan. Canggih macam di Jepun !
Bilik hotel disini pun besar-besar. Jenis suite. Sesuai untuk keluarga dan macam-macam. Dahulunya dikenali sebagai M Summit 191 Executive Hotel Suite. Sekarang dah ditukar jenama. Terbaik !
Hotel Cool Mama Cameron Highlands
Cameron Highlands ni kalau nak duduk hotel berbintang-bintang mahal betul, tambah pula weekend. Mujur ada satu hotel bajet ni, Hotel Cool Mama.
Walaupun harga bajet, tapi bersih, kemas, dan selesa. Tak macam hotel bajet biasa. Bilik tak luas, tapi okay sebab kita datang pun nak berjalan.
Paling best sebab hotel ni kat Cameron Centrum di Brinchang tu. Yang viral sebab ada prop bergambar ala-ala Eropah tu. Takyah datang melawat, menginap sini jer terus senang sebab bahagian bawah macam-macam kedai ada. Kalau tertinggal barang mandi boleh beli di Watsons.
Nak makan ada Family Mart, CU, Chicago Chicken City, Tealive, Starbucks, Zus Coffee, Baskin Robbins, Pizza Hut , dekat dengan McDonalds dan macam-macam.
Kalau tu tak cukup lagi, boleh pergi pasaraya Billion, dekat tingkat bawah. Cameron Centrum ni pun boleh dikatakan kawasan tengah-tengah di Cameron. Senang nak ke mana-mana.
Nanti kalau nak menginap hotel ni, dia ada betul-betul atas Pizza Hut & CU Cameron Centrum.
Hotel Sem 9 Senai
Hotel berkonsepkan e-sports baru sahaja dibuka pada 28 Mei lalu, bertempat di Senai. Berdekatan dengan Lapangan Terbang Senai dan juga Johor Premium Outlets (JPO) dan juga mudah untuk ke Bandaraya Johor Bahru.
Antara bilik disini adalah Couple Room, ada katil untuk 2 orang dan 2 gamers PC. Tapi tak seronok main game 2 orang.
Disini ada juga triple bed rooms. Ada katil 2 tingkat tau, di bawah queen size, di atas pula single bed. Dalam bilik ni ada 4 PC. Ada juga Executive Room dengan katil untuk 4 orang dan 4 PC.
Ada banyak lagi jenis bilik. Gamers memang wajib cuba hotel ni. Serendah RM 200 semalam.
Zenith Hotel Cameron Highlands
Zenith Hotel Cameron adalah hotel 5 bintang terbaru di tanah tinggj Cameron, terletak di Tanah Rata.
Hotel ini menawarkan fasiliti lengkap buat pengunjung termasuk gimnasium, kolam renang, ballroom & bilik mesyuarat.
Zenith Cameron adalah merupakan hotel ke-3 rangkaian Zenith selepas Zenith Kuantan & Zenith Putrajaya.
Nice !