Nak tengok laut cantik tak perlu bayar mahal pun dan berjalan jauh. Sebenarnya, negara kita ni pun banyak jer tempat cantik. Cuma, kita mahu explore atau tidak?
Kalau anda nak menikmati keindahan laut biru dalam kesuntukan waktu, boleh pergi day trip ke Pulau Redang. Hanya RM100/pax (dewasa).
Walaupun daytrip, tak kurang aktivitinya sebab ada 6 checkpoint untuk snorkeling, dapat pek makanan tengahari dan ditanggung insurans. Kita doakan mudah-mudahan dijauhkan daripada perkara buruk dan tidak diingini, tetapi kita tetap perlu bersedia dan berjaga-jaga kan !
Perkongsian daripada saudari Syafaah Jamaludin berkenaan percutian singkat beliau dan keluarga ke Pulau Redang.
Pergi waktu cuti sekolah haritu, waktu suntuk sebab sebelum tu dah spend 3 Hari 2 Malam family trip di Kuala Terengganu. Nak ambil pakej lama di Pulau memang tak sempat, + nak kena luang waktu lama untuk perjalanan pulang ke Sg Petani, Kedah.
So selepas family trip di KT, kami bergerak ke Setiu. Kami tidur dulu sehari awal di Setiu sebab esok pagi-pagi lagi nak keluar ke jeti. Kalau tak tidur di Setiu memang akan rushing sebab bot awal. Kalut nanti nak bersiap, siapkan anak, waktu perjalanan dan lain-lain.
Kami bertolak dari Jeti Merang jam 8:30 pagi, 45 minit jer untuk sampai ke Redang. Sampai sana nanti, ada 6 tempat untuk snorkeling. Walaupun nampak macam sama je kesemuanya snorkeling, tetapi semua tempat ni bagi pengalaman yang berlainan tau.
1. Teluk nyor(nemo)
2. Gua kawah
3. Teluk dalam (penyu)
4. Teluk dalam(pantai, lunch)
5. Pasir Maldives
6. Pasir Akar
Memang kagum dengan ciptaan Allah, air sini memang betul-betul jernih sampai boleh nampak semua hidupan laut.
Penyu sangat ramah. Berhenti je bot kat tengah laut, diorang sendiri datang sambut tetamu. Jinak-jinak !
Perkongsian : Syafaah Jamaludin