Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines baru sahaja melancarkan video penerangan keselamatan dalam penerbangan terbaru mereka.
Berbeza dengan video mereka sebelum ini, video penerangan keselamatan mereka kali ini mendapat pujian dari rata-rata masyarakat dalam dan luar negara.
Ini kerana video penerangan keselamatan tersebut cukup kreatif dengan menggabungkan dunia seni persembahan, budaya dan keselamatan dalam cara muzikal.
Video yang berjudul Satu,Dua,Tiga,Jom ! berdurasi 7 minit itu itu menampilkan figura seni, tokoh akademik, aktivis dan juga atlet kebanggaan Malaysia.
Diarahkan oleh Puan Sri Tiara Jacquelina & Datuk Yusry Abdul Halim, video tersebut menampilkan figura terkenal, antaranya Tan Sri Dr. Mazlan Othman; ahli astrofizik pertama Malaysia, Farah Ann Abdul Hadi; atlet gimnastik artistik Malaysia, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood; pengasas MERCY Malaysia, Francisca Luhong; Miss Universe Malaysia 2020 dan ramai lagi.
Pelbagai watak di dalam video tersebut, diiringi muzik yang berbeza benar-benar menggambarkan rakyat Malaysia yang bersatu dan bersama dalam kepelbagaian !
Video keselamatan terbaru ini akan dipertontonkan kepada penumpang Malaysia Airlines bermula Ogos ini, tapi kalau anda nak tonton sekarang boleh juga ! Nah, di bawah ini !
Setakat artikel ini ditulis, video yang dimuatnaik menerusi akaun Youtube rasmi Malaysia Airlines telah ditonton sebanyak 213,647 kali dan menerima reaksi positif masyarakat yang dapat dilihat melalui ruangan komen.