Keretapi Sarong adalah satu acara sosial yang unik dan menyatukan, di mana orang ramai dari semua lapisan masyarakat berkumpul untuk kita meraikan budaya, muzik dan tradisi kita.
Setiap tahun, pada 16 September bersamaan sambutan Hari Malaysia, orang ramai dijemput untuk berkumpul di stesen yang ditetapkan oleh penganjur dengan memakai sarung & pakaian tradisional untuk ke satu "Lokasi Rahsia" yang hanya akan didedahkan nanti.
Pada tahun ini, acara Keretapi Sarong diadakan dengan tema Retro Kuala Lumpur. Peserta digalakkan untuk memakai pakaian retro sekitar 60an-80an, jangan lupa untuk padankan pakaian anda dengan sarong ya.
Stesen-Stesen Berkumpul Keretapi Sarong 2022
Jika anda mahu menyertai acara Keretapi Sarong 2022, anda haruslah berkumpul ke beberapa stesen-stesen pengangkutan awam yang terpilih seawal jam 8:30 pagi.
Berikut adalah stesen-stesen Keretapi Sarong 2022.
Stesen terbabit ialah Transit Aliran Ringan (LRT) Subang Jaya, Transit Aliran Massa (MRT) Bandar Utama, LRT Gombak, LRT Ampang, MRT Kajang. Aktiviti akan diadakan di stesen-stesen ini sebelum peserta akan dibawa ke lokasi rahsia.
Pada tahun ini, beberapa lagi stesen permulaan turut ditambah iaitu Stesen KLIA Transit di KLIA dan Putrajaya serta Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB ) KL Sentral bagi meluaskan rangkaian peserta.
Stesen Sentral Kuala Lumpur akan menjadi stesen permulaan dan perjumpaan bagi peserta yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dan KLIA Transit dari stesen masing-masing.
Bagaimanapun, tiada aktiviti akan dilakukan di stesen tambahan ini, sebaliknya peserta akan dibawa terus ke lokasi rahsia.
Lagu-Lagu Keretapi Sarong 2022
Pelbagai acara kebudayaan seperti lagu rakyat akan dinyanyikan bersama. Ini adalah tajuk serta lirik lagu rakyat yang akan dinyanyikan. Pastikan anda simpan lirik-lirik ini untuk rujukan :
Diskaun Khas Sempena Keretapi Sarong 2022
Sempena dengan Keretapi Sarong 2022, anda boleh dapatkan pas Keluarga Malaysia yang anda boleh gunakan tanpa had sepanjang hari. Pas ini boleh digunakan bagi 4 orang pada kadar harga RM15 sahaja !
Selain itu, anda juga boleh dapatkan pas perjalanan seorang MyCity Pass pada kadar harga RM5
Jika anda menggunakan perkhidmatan KLIA Transit dari KLIA ataupun Stesen Putrajaya Sentral, anda berpeluang dapatkan promosi kadar tambang istimewa yang menawarkan diskaun 50% bagi perjalanan pergi dan pulang.
Jika anda daripada Putrajaya ke KL Sentral, anda hanya perlu membayar RM15 bagi perjalanan pergi dan pulang manakala hanya RM50 bagi perjalanan pergi dan pulang ke KLIA berbanding RM100 pada kadar biasa.
Apa Yang Perlu Dilakukan di Keretapi Sarong 2022
Ada juga peraduan yang diadakan oleh penganjur dan anda berpeluang memenangi tiket penerbangan ke Kota Kinabalu bersama Air Asia !
Apa yang anda perlu lakukan adalah seperti dalam senarai di bawah, kemudian muat naik di akaun Instagram anda.
Jadi apa lagi, jom kita ke Keretapi Sarong 2022 !