HalalXPlorer Logo
kodai makan ain
17 July 2022

Peminat Masakan Negeri Sembilan Wajib Pergi. Restoran Ini Menyediakan Lebih 20 Jenis Masak Lemak !

Kongsikan:

Mesti ramai yang menyukai lauk-pauk Negeri Sembilan dan lauk kampung. Yelah, kemana kita pergi pun, walaupun dah makan macam-macam makanan antarabangsa akhirnya tekak Melayu kita tetap memilih lauk kampung kan. Tambah pula kalau lauk Negeri Sembilan sebab memang cukup rasa pedas, manis dan semuanya.

294021825 183740457346484 471805732322961278 n

Salah satu restoran menyediakan lauk kampung yang terbaik di Negeri Sembilan adalah Kodai Makan Ain di Jalan Kuala Pilah, menghala ke Kuala Pilah dan Bahau. Tidak jauh dari Bandaraya Seremban dan Ulu Bendul.

Kalau dari Kuala Lumpur kira-kira 1 jam perjalanan, mudah diakses dari Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS).

241678859 109639964761441 3376804291269724942 n

20 Jenis Masak Lemak Cili Api

Terletak di Kampung Budaya Terachi, bermula sarapan pagi sehingga makan tengahari. Lauk tengahari disini memang banyak pilihan. Kalau nak masak lemak, ada 20 jenis masak lemak ada.

289424182 179379691115894 4191177333961304157 n

Paling susah nak jumpa tempat lain adalah Masak Lemak Jengek.

290613368 180922074294989 7652235755002604757 n

Selain itu ada juga pelbagai jenis rendang, sambal paru, sup, pelbagai masakan ayam kampung, itik, sotong bakar, ikan bakar, telur itik, segala jenis kerabu, gulai jangek, pelbagai jenis ulam, tempoyak daun kayu dan lain-lain lauk kampung.

277672191 163853249335205 9005675250409455584 n
269850869 129026986156072 6683319864607223396 n

Dessert pula ada aneka kuih-muih, bubur,ABC, laicikang,cendol & pelbagai jenis air buah. Banyak juga produk-produk IKS lain turut dijual sama.

277767545 163853149335215 5376210632477213632 n
287564880 178111451242718 1868144359552716399 n

Seronok makan sini sebab kedainya luas, tempat letak kereta luas, ada juga kemudahan tandas dan surau yang selesa, lepastu dikelilingi kampung dan sawah padi. Rasa macam makan di Tanah Sumatera gitu haaaa. Walaupun ramai tapi tak rasa serabut. Okay jer.

277770465 163853276001869 7439171956253109586 n
235660143 102371738821597 6215342107724253055 n

Sambil itu anda akan ditemani muzik dari kumpulan buskers.

293411554 183740400679823 1245041261812165322 n

Orang KL wajib bawa anak-anak yang belum kenal lauk kampung. Apalah sangat, satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Kalau nak pergi, boleh sahaja waze 'Kodai Makan Ain' atau ikut alamat di bawah.

Alamat

?Kodai Makan Ain, Blok A, Perkampungan Budaya, Terachi, 71500 Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA