Sempena cuti hujung minggu ni jom bawa keluarga anda ke Putrajaya Story untuk terokai keunikan Putrajaya dan bergambar di hotspot 'instagrammable yang menarik!
Haa, apa pula Putrajaya Story ni. Putrajaya Story ini adalah satu galeri pameran interaktif dan instagrammbale yang membawa pengunjung melihat pelbagai tarikan, aktiviti dan kisah di sebalik keindahan Putrajaya melalui diorama, lukisan mural, pameran 3D dan lain-lain.
Putrajaya Story menjanjikan pengalaman 3E yang unik iaitu Educational, Experiential dan Enjoyable.
Harga Tiket Masuk Putrajaya Story
Kadar yang dikenakan untuk ke Putrajaya Story adalah RM15 bagi dewasa berusia 18 tahun ke atas, manakala warga emas, kanak-kanak dan pelajar dikenakan harga RM12. Bagi warga kurang upaya dan kanak-kanak bawah 3 tahun pula adalah percuma.
Bagaimanapun, sempena pembukaan Putrajaya Story ni, ada promosi istimewa lagi untuk anda iaitu serendah RM4 sahaja !
Putrajaya Story akan dibuka secara rasmi dengan harga promosi seperti tertera hanya bermula 22 sehingga 31 Oktober 2022 (Sabtu) dari jam 10.00 am - 5.00 pm
Lokasi Putrajaya Story
Lokasi: Souq Putrajaya, Presint 1, Putrajaya. Berhampiran Masjid Putra & Dataran Putra (ambil escalator turun)
Waze : https://waze.com/ul/hw282dn0qp
Google Maps : https://maps.app.goo.gl/TX5SxLZzws3Q7omMA?g_st=ic
Borong Coklat di Chocolate Souq
Anda juga berpeluang untuk borong coklat dengan harga promosi termurah kerana lokasi Putrajaya Story ini terletak berhampiran dengan Chocolate Souq Putrajaya.
Jom datang Putrajaya Story hujung minggu ini. Jumpa anda di sana.