HalalXPlorer Logo
05 March 2022

Wanita Ini Jelajah Saudi,Mesir,UAE, Oman Selama 41 Hari Dengan Hanya RM 8038 !

Kongsikan:

Ingatkan kalau pergi ke Oman mesti susah dan menjadikan kita kayap disebabkan 1 Rial disana bersamaan 10 Ringgit. Bila cakap pasal UAE terutamanya Dubai dan Abu Dhabi pula mesti kita terfikirkan kawasan tersebut hanya boleh dinikmati oleh orang ado-ado !

Tetapi, rupanya dengan bajet rendah pun kita dah boleh jelajah tempat-tempat tersebut. Ini terbukti apabila seorang wanita berkongsikan perjalanannya mengembara Arab Saudi, Mesir , UAE dan Oman dengan bajet hanya RM8038.96 !

Wanita dengan nama akaun facebook Rozanï HēNg mengatakan bahawa trip yang dilakukan mengambil masa 41 hari bermula daripada 15 disember 2021 sehingga 24 januari 2022.

Mari kita ikuti perkongsian Puan Rozani ini.

Roadtrip : Malaysia - Arab Saudi - Mesir - Abu Dhabi - Oman - Dubai -Arab Saudi - Malaysia

Jelajah Saudi,Mesir,UAE, Oman Selama 41 Hari Dengan Hanya RM 8038 !
Rozanï HēNg

Kos Perbelanjaan : RM 8038.96 (Tak Termasuk Umrah)

Bermusafir selama 41 Hari (15/12/2021-24/1/2022)

Trip bermula pada disember 2021 dimana kerajaan mengumumkan boleh mengerjakan ibadah umrah, mulanya berhasrat 'diy' sahaja tapi disebabkan kurang pengetahuan ilmu agama, dan hukum tak boleh dibawa main, jadi decide untuk pergi bersama travel agent untuk kali pertama saya menunaikan umrah .

Persiapan dari segi mental dan fizikal tidak bersedia kerana semuanya last minute hanya ada 2 minggu untuk melalukan semuanya.

Jenis saya pula bila dah mula keluar sekali tidak tertumpu untuk satu negara, Di malaysia hanya sempat mengkaji segala jenis tranportation di egypt - ada metro, bus dan sebagainya .

Fokus sbenarnya untuk ke egypt dan oman tapi bila dh lewat semua harga tiket flight dah mahal jadi decide untuk melalui jalan darat untuk ke oman dengan harga yg lebih murah .

Untuk transport di oman segalanya dah booking dimalaysia. Maka tercipta lah route dari saudi -mesir -abu dhabi -oman -dubai

Jelajah Saudi,Mesir,UAE, Oman Selama 41 Hari Dengan Hanya RM 8038 !
Rozanï HēNg

Pengangkutan di Mesir

Keretapi - https://enr.gov.eg/ticketing/public/login.jsf
Bas - https://go-bus.com/?lang=en

Untuk perjalanan jauh contohnya cairo -luxor -sharm el sheikh , hugrada dan lain lain lagi.

Di egypt kita banyak mengunakan public transport, seperti tram di alexandra, metro di cairo , bus , taxi dan microbus lebih kurang van.

Untuk metro pula boleh download application metro egypt . Ada 3 line , merah ,hijau dan oren. Setiap line destinasi lain2

Pengangkutan di Abu Dhabi

Saya hanya gunakan google Maps sahaja segala transportation, banyak gunakan bus Transportation dari abu dhabi -dubai -oman.

Dengan menaiki bus dari dubai ke oman , syarikat bus : Al khanjary transport
https://maps.google.com/?q=23.595465,58.545612
+968 9255 0199

Pengangkutan di Oman

Sewa kereta di https://www.europcar.com/en-us
Untuk kereta boleh pickup di airport atau office azaiba

Pengangkutan di Dubai

Google Maps Banyak gunakan metro line merah dan juga bus

Hotel pun ada setengahnya booking dimalaysia yang lainnya booking ketika berada disana. Di booking.com Agoda dan walk-in

Tips

  • Cairo airport memang tiada wifi jadi boleh download google Maps offline untuk memudahkan
  • Sim card boleh didapati pusat bandar sahaja
  • Genih matawang egypt mg rendah
  • Transport , makanan sangat murah
  • Bus stop tiada signboard jadi perlu banyak bertanya orang
  • Penguasaan bahasa arab tak semua boleh english.
  • Boleh try ice cream gold di abu dhabi emerates palace
  • Sewa kereta di oman better ambik 4x4 sedan kurang sesuai dengan jalanya
  • Wadi ash shab sangat cantik harus pergi bawa lifejacket kalau tak pandai berenang.harus ke cave .
  • Padang pasir paling cantik di wadi rum -jordan
  • Visa oman OMR5 /AED 50
  • Bus ke oman -dubai AED100/OMR10

Kenangan Yang Tidak Boleh Dilupakan

  • Train stuck hampir 48 jam kerana takdapat isyarat berikutan hujan
  • lapar dah habis bekalan makanan , ada seorang hamba Allah ni dia belanja kacang
  • minyak kereta hampir habis di oman risau kerana highway tiada kereta lalu lalang 58km baru ada station minyak dan juga hentian
Jelajah Saudi,Mesir,UAE, Oman Selama 41 Hari Dengan Hanya RM 8038 !
Rozanï HēNg

Perkongsian Penuh : Rozanï HēNg

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA