TREX Bike Park
Dibuka pada 2018, taman basikal ini merupakan hab yang mesti dikunjungi bagi para penggemar aktiviti berbasikal yang tinggal atau melawat Puncak Alam.
Keseluruhan laluan adalah kira-kira dua kilometer panjang, dan terdapat pelbagai laluan dalam trek ini. Walaupun macam tak berapa jauh, tetapi pelbagai jenis permukaan dan 'halangan' menjadikan trek berbasikal ini menarik seperti mini-cerun, dan gabungan sudut curam dan laluan santai.
Disini juga ada pusat sehenti basikal di mana anda boleh menyewa, membeli, ataupun membaiki basikal milik sendiri.
Jika anda membawa basikal sendiri ke taman ini, caj masuk yang dikenakan adalah RM5.
Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Mereka yang menetap di sekitar Kuala Lumpur pasti sudah biasa dengan taman tasik yang merupakan bekas lombong ini. Terletak betul-betul di tengah-tengah Kuala Lumpur, Taman Tasik Titiwangsa adalah satu lokasi yang sangat sesuai buat aktiviti berbasikal.
Trek di sini dibahagikan kepada dua iaitu pejalan kaki dan juga laluan khas untuk basikal. Ia dipisahkan dengan warna di trek simen. Tidak cukup dengan itu, lokasi ini turut menyediakan perkhidmatan menyewa basikal buat mereka yang mahu menyewa. Macam-macam jenis basikal ada sama ada untuk dewasa, kanak-kanak dan sebagainya.
Menariknya berbasikal disini adalah taman yang cukup luas ini mempunyai pelbagai tarikan yang boleh dijadikan hentian ketika anda penat, selain menyajikan pemandangan menarik pencakar langit di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Taman Metropolitan Kepong
Dengan keluasannya sebesar 218.8 ekar, taman ini cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan, aktiviti dan tarikan. Lokasinya yang tidak jauh dari tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur membuatkan ia menjadi tumpuan ramai pengunjung, terutama sekali pada hujung minggu.
Disebabkan saiznya yang besar, kami sendiri sebenarnya merasakan cara terbaik untuk mengeksplorasi keseluruhan taman ini adalah dengan berbasikal.
Sama seperti Taman Tasik Titiwangsa, taman ini juga menyediakan laluan khas untuk basikal.
KL Car Free Morning
Buat warga Kuala Lumpur yang bosan dengan kesesakan lalu lintas pada setiap hari, pihak DBKL telah mewujudkan KL Car Free Morning pada setiap hari Ahad.
Inilah masanya untuk anda berbasikal di atas jalanraya dengan selamat, tanpa risau dengan kenderaan berat yang lain.
Bermula dari Dataran Merdeka, jalanraya ditutup sepanjang 7.5 Kilometer merentasi segi tiga emas bandaraya Kuala Lumpur bermula jam 7 pagi sehingga jam 9 pagi.
Untuk maklumat lanjut berkenaan laluan tersebut, anda boleh lawati laman web KL Car Free Morning!
Taman Botani Negara, Shah Alam
Taman Botani Negara Shah Alam atau dulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam ini berkeluasan 817 hektar, antara yang terbesar di Malaysia.
Kat sini ada 11 taman menarik yang korang boleh pergi seperti Rumah Iklim Empat Musim, Taman 1Malaysia dan Taman Herba, Memang luas!
Difahamkan, pihak taman ada menyediakan kemudahan menyewa basikal pada harga yang berpatutan. Wajib singgah!
Teringin untuk berbasikal ? Lebih baik dapatkan basikal sendiri. Jom tengok promosi basikal ini !