Perhatian pada semua kaki lepak & kopi! Min ada port baikk untuk korang semua. Bukan setakat kopi je sedap, kedai kedai dorang semua pun santai giler. Bolehlah korang lepak sambil borak dengan kawan-kawan. Seronok kan!
1. Bluum.RC
BLÜUM Roadside Cafe’ ini memang unik sebab nampak macam gerai tepi jalan biasa saja tapi mereka menggelarkan ini sebagai kafe tepi jalan. Konsep ini memang sangat menarik. Mereka siap letak batu-batu yang cantik dengan hiasan pasu-pasu bunga lagi. Memang memudahkan pelanggan sebab tak risau terpijak lecak kalau hujan
Paling menarik adalah disebabkan harganya yang murah. Ramai kata menu disini harga gerai tetapi rasa hotel.
Selain kopi, menu pasta yang mereka tawarkan juga sangat enak. Antaranya adalah Spaghetti Bolognese, creamy thai, smoked beef bacon yang memang masyaAllah sedap.
Kafe jalanan ini dibuka setiap hari kecuali isnin, bermula jam 9:30 pagi sehingga 6 petang.
?: Bluum.RC, Jalan I 7, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur (Waze/Google : Bluum.RC)
2. Kopi Jiran
Kopi Jiran berkonsepkan zaman dahulu, dengan dekorasi barangan vintaj.
Antara menu yang boleh didapati disini adalah Nasi Lemak seringgit, Mee Hoon goreng, Croissant, Scone, Canele dan banyak lagi
Kedai kopi ini terletak di kawasan kejiranan Kajang, Selangor di mana anda boleh menikmati kopi dengan tenang dikelilingi kawasan perumahan dan tumbuh-tumbuhan kehijauan
? Kopi Jiran, 133, Jalan TKP 2, Taman Kantan Permai 2, 43000 Kajang, Selangor
3. Kopi Pokok
Ramai kata nak lepak kafe hipster perlukan kos mahal dan menu makanan pula tak kena selera. Bosan pula asyik makan pastri. Kita kan orang Melayu !
Sebenarnya ada jer kedai kopi hipster yang murah dan menu lokal. Jom singgah Kopi Pokok kat Shah Alam.
Disini siap ada nasi lemak, nasi dagang Terengganu, pulut kuning + daging maidin, pulut kuning + rendang, lemang + rendang, aneka jenis kuih muih.
Menu kopi cara barat ataupun tidak semuanya pakai kopi kampung. Tapi sedap dan pastinya kaw ! Bawa RM10 pun boleh kenyang disini.
?Kopi Pokok, Jalan Belibis 6/5, Seksyen 6, Shah Alam (Berhadapan dengan Sekolah Rendah Seksyen 6, Shah Alam)
4. Kopi Senget
Kafe-kafe lain yang cantik dan gah selalunya buatkan ramai orang tak berani masuk dan tak tahu cara untuk 'order', tetapi kafe ini memang dibuat supaya perasaan takut untuk masuk itu lenyap.
Kafe kecil ini diusahakan oleh seorang graduan UiTM khusus untuk penduduk kampung mula belajar mengenali dan menikmati kopi. Harga pun berpatutan, kebanyakan menu masih dibawah RM10.
Nama Kopi Senget adalah kerana bangunan kafe yang dibina sendiri oleh pemiliknya ini sedikit senget.
?Kopi Senget, Lot 239, Batu 11 1/4, Jalan Klang Banting, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor
5. Rumah Kopi Purnama
Bermula dari kafe di rumah, mereka kini semakin maju dan membuka cawangan di sebuah kompleks pembangunan bercampur Lot 90 di Kajang.
?Rumah Kopi Purnama, Lot 90 Kajang Waterfront, Lot 90 5A G, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor
6. Celcius Coffee Bar
Kami agak kagum dengan perkembangan jenama Celcius Coffee ini. Mana tidaknya, jenama ini baharu sahaja bermula di waktu pandemik COVID-19 di mana ketika itu mereka hanya menjual 'cold-brew' yang dihantar kepada pelanggan ke rumah.
Perniagaan Celcius Coffee ini adalah bagi menampung ataupun ilham di luar kotak pengasasnya yang merupakan ahli syarikat ARBA Travel iaitu sebuah agensi perkhidmatan pelancongan yang terkesan semasa PKP.
Kini, jenama Celcius Coffee berkembang meroket apabila mereka mempunyai outlet sendiri. Lebih unik, mereka tidak menamakannya sebagai kafe. Tetapi ia adalah Coffee bar. Selamat datang ke Celcius Coffee Bar. Fuh Style !
? Celcius Coffee Bar, I-G-11, Conezion Persiaran IRC3 IOI Resort City, 62502 Putrajaya
7. Kopi Kugiran
Terletak di Jalan Rejang Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, Kugiran Kopi sentiasa menerima kedatangan anda setiap hari bermula dari 12PM sehingga 7.30PM.
Mereka juga baharu sahaja membuka cawangan di Sungai Udang, Klang berdekatan KFC Teluk Pulai.
?Kopi Kugiran, Jalan 58/26 Taman Sri Rampai, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
8. Kee Nguyễn
Kee Nguyễn adalah jenama kopi dari Malaysia menawarkan menu kopi Vietnam yang sangat enak. Sesiapa yang pernah bercuti ke Vietnam pasti tahu bagaimana kopi adalah satu budaya masyarakat Vietnam dan kopi-kopi disana memang sedap !
Kalau anda rindukan rasa kopi Vietnam, anda patut mencuba Kee Nguyễn. Mereka mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang dan juga Malaysia.