Pengalaman naik kapal terbang memang pengalaman yang tak dapat dilupakan bukan? tempat duduk sempit, terlalu sejuk atau terlalu panas, bunyi bising, gangguan cahaya dan bermacam lagi. Terpaksalah menahan sebelum sampai destinasi. Semestinya kalau nak selesa, boleh menempah tempat duduk Business Class. Tapi tak semua orang mampu untuk menempah tempat duduk Business Class.
Jika anda seorang yang selalu travel mungkin anda tak kisah semua ini. Tetapi untuk yang jarang naik kapal terbang, mungkin nak pilih tempat duduk boleh jadi masalah pada anda. Tetapi anda tak perlu risau, jom baca 8 tips pilih tempat duduk penerbangan.
1- Nak Tidur Dengan Selesa ? Pilih Kerusi Di Tepi Tingkap
Untuk elakkan dari tersandar di bahu penumpang sebelah anda, tempat duduk tepi tingkap adalah solusinya. Anda boleh lentukkan kepala ke sebelah tingkap. Selain itu anda boleh merubah posisi dengan bersandar di dinding kapal terbang semasa tidur. Paling best, tidur anda tak akan terganggu jika ada penumpang sebelah ingin bangun pergi ke tandas.
2 – Duduk Jauh Dari Pantri Jika Tidak Mahu Bunyi Bising
Bunyi bising dari pantri semasa pramugara/pramugari sedang menyediakan makanan/minimum pasti mengganggu anda jika anda seorang yang mahukan suasana senyap. Jadi elakkan pilih tempat duduk berdekatan dengan pantri.
3 – Kerap Ke Tandas Boleh Pilih Seat Aisle
Terlalu kerap ke tandas? Pilih seat aisle. Memudahkan anda untuk terus ke tandas tanpa perlu melintas penumpang lain terutamanya ketika penumpang sebelah sedang tidur. Kadang-kala dek kerana segan nak tegur, terpaksa menahan sampailah ke destinasi.
4 – Elak Pilih Tempat Duduk Bersebelahan Pintu Kecemansan Jika Tak Mahu Kesejukan
Pintu kecemasan memang di buat untuk membolehkan angin sejuk masuk ke dalam kapal terbang. Jadi, tempat duduk yang bersebelahan dengan pintu kecemasan pasti akan merasa lebih sejuk. Elakkan tempat duduk ini jika anda jenis tak tahan sejuk.
5 – Boleh Pilih Tempat Duduk Bersebelahan Pintu Kecemasan Jika Mahukan Ruang
Mungkin anda jenis kaki panjang dan perlukan ruang untuk keselesaan, boleh pilih tempat duduk bersebelahan pintu kecemasan atau belakang pembahagi kabin. Laluan pintu kecemasan lebih luas untuk memudahkan penumpang semasa kecemasan. Untuk pengetahuan anda juga, tempat duduk hadapan tidak boleh dibaringkan.
Tempat duduk ini juga mempunyai arahan keselamatan yang lebih ya.
6 – Elakkan Duduk Berhadapan Bulkhead Jika Suka Meletakkan Kaki Pada Sesuatu
Kadang-kala lebih selesa tidur bila kaki dapat diletakkan di atas sesuatu bukan? jadi elakkan pilih tempat duduk di belakang pembahagi antara kabin kerana ruangnya sangat luas.
7 – Duduk Seat Depan Jika Tak Suka Terbulence
Adalah normal jika semasa perjalanan akan ada sedikit hentakan. Tetapi bahagian tempat duduk hadapan adalah lebih kurang berbanding belakang. Untuk sesiapa yang tak suka keadaan ini, paling sesuai pilih tempat hadapan.
8 – Duduk Seat Depan Untuk Dapat Makanan Best
Pramugara/pramugari selalunya akan mengedarkan makanan/mimuman bermula dari depan. Jadi, jika anda duduk di hadapan, anda boleh pilih daripada variasi makanan yang disediakan. Dan bila tiba di belakang, penumpang lain hanya boleh pilih apa yang tinggal.