AirAsia X (AAX) kembali ke Osaka, Jepun seterusnya mengembangkan lagi rangkaiannya ke/dari negara matahari terbit tersebut.
Penerbangan sulungnya berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 11.45 malam tadi dan tiba di Osaka pada 7.15 pagi hari ini. Sempena meraikan penyambungan semula perkhidmatannya ke kota kulinari Jepun, para tetamu yang menaiki penerbangan sulung menerima cenderamata dan diraikan dengan persembahan istimewa sebelum menaiki pesawat.
Penerbangan tiga kali seminggu ke Osaka dijangka akan membawa lebih 116,000 pelancong antara Malaysia dan Jepun pada setiap bulan, seterusnya merangsang sektor pelancongan kedua-dua buah negara.
Untuk meraikan perkhidmatan semula ke salah satu destinasi paling popularnya, AAX menawarkan tambang bernilai hebat antara Kuala Lumpur dan Osaka daripada RM699/JPY29,990 sehala untuk tempat duduk ekonomi atau RM2,999/JPY106,640 sehala untuk Premium Flatbed.
AAX terbang ke tiga destinasi di Jepun iaitu Tokyo, Osaka dan Sapporo dari Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh AirAsia X Malaysia (D7) dan dari Bangkok (Suvarnabhumi) yang dikendalikan oleh AirAsia X Thailand (XJ).
Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur, Malaysia dan Osaka, Jepun: