HalalXPlorer Logo
anthony loke effects mahb new aerotrain
27 January 2023

"Anthony Loke Effect ?" MAHB Naik Taraf Sistem, Beli Set Aerotrain Baru Untuk KLIA

Kongsikan:

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan melaksanakan projek menaik taraf sistem dan membeli set aerotrain baru bagi menangani masalah ketidakstabilan perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Anthony Loke Effect ?" MAHB Naik Taraf Sistem, Beli Set Aerotrain Baru Untuk KLIA

Projek berkenaan bakal siap dan boleh beroperasi dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ketika ini, hanya satu set aerotrain yang beroperasi memandangkan set kedua menghadapi masalah teknikal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Anthony Loke Effect ?" MAHB Naik Taraf Sistem, Beli Set Aerotrain Baru Untuk KLIA

Dalam tempoh peralihan sistem ini, beberapa langkah mitigasi sedang dan akan dilaksanakan, bas shuttle di antara Terminal utama dan satelit akan beroperasi sepanjang masa untuk mengurangkan kebergantungan kepada aerotrain. Masa perjalanan di antara dua bangunan ialah 4 minit.

Lebih banyak bas panjang akan ditambah dalam operasi menjelang bulan Mac untuk keselesaan dan mengurangkan kesesakan penumpang.

"Anthony Loke Effect ?" MAHB Naik Taraf Sistem, Beli Set Aerotrain Baru Untuk KLIA

Tambahnya, lebih banyak pesawat seperti jenis A350 melibatkan penerbangan antarabangsa akan dibenarkan parkir di Terminal Utama tertakluk kepada kekosongan bay.

Selain itu, semua penerbangan domestik beroperasi dari Terminal Utama bagi mengurangkan penggunaan aerotrain.

"Anthony Loke Effect ?" MAHB Naik Taraf Sistem, Beli Set Aerotrain Baru Untuk KLIA

Semua staf MAHB dan pekerja di retail shop di terminal satelit hanya boleh menggunakan shuttle bas dan tidak dibenarkan mengguna aerotrain kecuali juruterbang dan krew kabin.

Langkah mitigasi lain juga adalah lebih ramai kakitangan akan ditempatkan di beberapa kawasan sekitar lapangan terbang bagi menguruskan pergerakan penumpang dan membantu penumpang yang memerlukan bantuan.

https://www.facebook.com/lokesiewfook/posts/720160706141512
Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA