Jeddah adalah gerbang utama ke kota suci Makkah dan Madinah yang mendapat tumpuan umat ISlam yang ingin mengerjakan ibadah Umrah.
Kini, urusan bagi mengerjakan umrah pastinya lebih mudah dan lebih banyak pilihan penerbangan selepas Airasia X melancarkan semula laluan penerbangan Kuala Lumpur-Jeddah.
Dengan enam penerbangan seminggu, Airasia X yakin laluan ini akan kekal mampan berikutan aliran trafik yang tinggi antara Malaysia dan Arab Saudi, serta permintaan yang sentiasa meningkat untuk perkhidmatan Umrah bukan sahaja dari Malaysia malah Indonesia, menjadikan Kuala Lumpur hab Umrah penting di rantau ini. Jemaah dari negara lain juga berpeluang ke Jeddah menerusi AAX sementara pengunjung dari Saudi boleh dihubungkan ke 130 destinasi AirAsia melalui Kuala Lumpur.
Tambang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah bermula RM 1,629 sehala untuk tempat duduk Ekonomi atau tetamu boleh memilih untuk menikmati tempat duduk Premium Flatbed mulai RM 3,199 sehala. Penumpang boleh membuat tempahan dengan menekan ikon ‘Flights’ pada aplikasi airasia Super App atau menerusi laman web bagi tempoh penerbangan mulai sekarang sehingga 30 November 2023. Perkhidmatan tambahan untuk musim baharu akan ditambahkan kepada jadual penerbangan dalam tempoh terdekat ini.
Di samping itu, tetamu juga boleh menempah pakej ‘Umrah bersama IKHLAS’ dengan harga bermula RM 5,990 bagi Umrah Lite dan RM 7,890 bagi Umrah Jejak Rasul atau RM 7,690 bagi Umrah Hawa khusus untuk jemaah wanita. Semua pakej Umrah termasuk penerbangan pergi balik bersama AAX. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej Umrah, sila rujuk di sini.
Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur dan Jeddah: