Google flights adalah perkhidmatan carian tempahan penerbangan dalam talian yang memudahkan pembelian tiket flight murah.
Selain itu, jika anda memilih destinasi tertentu tetapi tidak mempunyai tarikh yang tetap, Google Flights akan mencadangkan masa terbaik untuk anda terbang dengan kos yang paling rendah, termasuk laluan dan jadual alternatif.
Bukan itu sahaja, Google Flights juga akan membantu anda dapatkan senarai tempat-tempat menarik pada destinasi yang anda tuju. Contohnya jika anda berminat untuk ke Korea tetapi anda masih kurang pengetahuan tentang tempat-tempat menarik di Seoul, Google Flights bakal membantu anda untuk cadangkan atau recommend tempat pelancongan hangat di sana.
Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati kerana maklumat itu adalah berdasarkan data sahaja dan tidak 100% tepat sepanjang masa.
Di sini kami sediakan 9 langkah yang anda boleh ikut untuk beli tiket flight murah melalui Google Flights.
- Pergi ke Google Flights.
- Pilih destinasi yang anda inginkan.
- Jika anda ingin tempah tiket untuk pergi dan balik, boleh pilih round trip.
- Harga tiket flight akan terpapar terus di kalendar pemilihan tarikh penerbangan untuk memudahkan anda tahu harga yang sesuai dengan bajet anda.
- Kemudian pilih tarikh penerbangan yang anda inginkan.
- Seterusnya, senarai harga tiket flight daripada pelbagai syarikat penerbangan akan terpapar.
- Filter bahagian harga kepada tahap yang paling minimum.
- Pilih tarikh dan syarikat penerbangan yang anda inginkan.
- Akhir sekali, anda boleh pergi ke website syarikat penerbangan yang anda pilih untuk membuat pembelian tersebut.
*Nota: Hanya gunakan google flights sebagai panduan atau reference untuk anda cari harga tiket flights termurah. Pembelian sebenar dibuat di website syarikat penerbangan pilihan anda.