HalalXPlorer Logo
dream forest langkawi COMING THIS MAY TARIKAN TERBARU DI LANGKAWI BAKAL DIBUKA MEI INI 2023
15 December 2023

Dream Forest Langkawi, Tarikan Terbaru di Pulau Lagenda Dibuka Mei Ini !

Kongsikan:

Pulau lagenda Langkawi tidak pernah kalah mempersembahkan sesuatu yang istimewa untuk menggamit kedatangan pelancong domestik mahupun luar negara. Ada sahaja tarikan terbaharu yang menanti. Dek itulah, pulau tanah tumpah Mahsuri ini sentiasa menjadi pilihan ramai untuk bercuti. 

Baru-baru ini, Dream Forest Langkawi, sebuah pusat tarikan pelancongan baru yang menawarkan pengalaman menakjubkan dengan keajaiban teknologi pelbagai deria, unjuran peta, pencahayaan canggih dan skop bunyi yang memukau kepada pengunjung pula dilancarkan.

Dream Forest Langkawi, Tarikan Terbaru di Pulau Lagenda !

Bakal membuka pintu kepada pengunjung pada 1 Mei 2023, tarikan ini didatangkan dengan pengubahsuaian denai sepanjang 1.2 kilometer di dalam hutan berusia ratusan juta tahun.

Dream Forest Langkawi, Tarikan Terbaru di Pulau Lagenda !

Pengembaraan interaktif di Dream Forest Langkawi bermula apabila matahari terbenam dan persekitaran hutan dihidupkan dengan pelbagai kisah lagenda yang dikaitkan dengan Langkawi seperti Tasik Dayang Bunting, Merong Mahawangsa dan Gergasi Langkawi. Pengalaman yang bakal dikutip oleh pengunjung pastinya sesuatu yang luar biasa dan tidak mustahil menjadi buah mulut ramai. 

Dream Forest Langkawi, Tarikan Terbaru di Pulau Lagenda !

Pasukan belakang tabir Dream Forest Langkawi terdiri daripada bakat terbaik dalam dunia kreatif, teknikal dan pembinaan untuk menghidupkan konsep unik ini. 

Keajaiban Dream Forest Langkawi melangkaui pengembaraan yang menakjubkan dan dibina khusus untuk meningkatkan industri pelancongan tempatan. Sesuai bagi semua peringkat umur, tarikan ini juga membantu meningkatkan ekonomi tempatan melalui pekerjaan, memperkayakan masyarakat tempatan melalui latihan dan pemindahan teknologi, serta mewujudkan peluang perniagaan.

Dream Forest Langkawi, Tarikan Terbaru di Pulau Lagenda !

Dream Forest terletak di kaki Gunung Raya. Pada siang hari, pengunjung boleh bersiar sambil menikmati alam semulajadi dan bertemu haiwan unik seperti lemur terbang sunda, monyet daun kehitaman, kodok Sumatera serta beberapa spesis burung enggang yang menjadikan hutan Lubuk Semilang sebagai habitat mereka.

Ketika matahari terbenam, hutan berubah menjadi ruang teater semula jadi seluas 15.8 ekar. Sang Gedembai, Penjaga Dream Forest, bersama Eli, Coco dan Terra, tiga biji helikopter comel yang menjadi tuan rumah kepada pengunjung, mengalu-alukan anda untuk berinteraksi dengan cerita yang disampaikan melalui pemetaan unjuran pada pokok dan kawasan persekitaran.

Dream Forest Langkawi, Tarikan Terbaru di Pulau Lagenda !

Dream Forest Langkawi juga akan bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan pelancongan termasuk Tourism Malaysia, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan persatuan pelancongan seperti Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Persatuan Pelancongan Masuk Malaysia (MITA), syarikat penerbangan, ejen pelancongan (OTA) dan saluran pengedaran lain di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, Dream Forest Langkawi turut mendapat sokongan daripada pihak berkuasa negeri dan agensi kerajaan seperti Tourism Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan TERAJU (Unit Pemandu Agenda Bumiputera).

Dream Forest Langkawi, Tarikan Terbaru di Pulau Lagenda !

Dream Forest Langkawi akan dibuka dari jam 7 malam hingga 12 tengah malam setiap hari, kecuali hari Rabu. Harga tiket yang dikenakan untuk warganegara ialah RM68 dewasa, RM48 kanak-kanak, dan RM28 warga emas. Untuk pelancong luar negara, harga ditetapkan pada RM98 dewasa, RM68 kanak-kanak, dan RM38 warga emas.

Penduduk Langkawi boleh menikmati harga istimewa yang cukup berbaloi iaitu  RM38 dewasa, RM28 kanak-kanak, RM28 warga emas.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA