Kat Penang, selalu orang rekomen hotel dekat belah Pulau ja. Tak tau pula kat belah Seberang Perai pun rupanya ada hotel best. Entah-entah orang Penang pun tak tau ni.
Ni ha, Exora Hotel kat Perai. Sebelah Megamall. Punyalah best hotel ni sebab buka sliding door tepi katil ja terus sampai kolam renang weh.
Anak-anak punya lah suka. Mak ayah pun senang takyah bersiap kalau anak-anak duk ajak pergi kolam renang. Tunggu ja dalam bilik, biaq anak main sendiri.
Tak bahaya sebab kolam renang budak-budak tak dalam. Lepastu kat tepi kolam renang ada jugak permainan lain dan kawasan untuk anak lari-lari.
Nak dapat bilik ni, tempah ja 'Pool Access Room'.
Playground & Check-In Sendiri
Selain tu, hotel ni best sebab ada indoor playground dengan kemudahan check-in sendiri.
Bilik Besar
Ada pelbagai jenis bilik disediakan di Ixora Hotel tetapi secara keseluruhannya, kesemua bilik mempunyai saiz yang memuaskan walaupun bilik di kategori paling rendah.
Ixora Hotel, 3096 Jalan Baru, Bandar Perai Jaya, 13600 Perai, Pulau Pinang