Bila keluar, selalunya mak ayah lapar tapi anak tak nak makan pulak. Asyik nak main je kerjanya. Nak makan pun tak senang. Mujur ada satu kafe ni, siap ada playground untuk kanak-kanak. Lepasni kalau nak makan sedap-sedap tanpa risau anak-anak terlanggar meja, hempas pinggan boleh datang sini !
The Red Beanbag
The Red Beanbag dikenali kerana kopi istimewanya dan mempunyai menu yang luas yang menawarkan hidangan seperti telur benedict, pancake, roti French toast, pasta, sandwic, salad, dan banyak lagi. Mereka terkenal menggunakan bahan berkualiti tinggi dan menawarkan pelbagai pilihan vegetarian dan vegan juga.
Ruang Permainan Kanak-Kanak
Paling istimewa adalah ruang permainan kanak-kanak yang disediakan agak luas dan selesa bagi pelbagai lapisan umur kanak-kanak.
Mesra Muslim
Walaupun tidak mempunyai sijil halal rasmi dari pihak JAKIM, bagaimanapun kami difahamkan bahawa kafe ini mendapatkan bahan masakan dari pembekal yang diiktiraf status Halal.
Waktu Operasi
Kafe ini dibuka setiap hari bermula jam 8:30 pagi sehingga jam 5 petang.
Alamat
G-2, Menara Mudajaya, 12A, Jln PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi
Instagram : https://www.instagram.com/theredbeanbag/?hl=en
Facebook : https://www.facebook.com/theredbeanbag/
Laman Web : https://www.theredbeanbag.com/menu