HalalXPlorer Logo
kos tunai haji 2023 meningkat rm31,000 Arab Saudi Kurangkan Premium dan Insurans Haji
09 February 2023

Kos Tunai Haji 2023 Naik Kepada RM31,000

Kongsikan:

Malaysia memperoleh semula kuota rasmi jemaah haji yang pernah ditetapkan oleh Arab Saudi pada awal 2020 lalu untuk musim haji kali ini iaitu sebanyak 31,600 orang berbanding 14,306 orang pada tahun lepas akibat pandemik Covid-19.

Justeru, mereka yang giliran tahun sepatutnya pada 2020, 2021 dan 2022 akan diberikan keutamaan untuk memenuhi kuota berikutnya bagi menunaikan ibadah haji musim ini.

image 2 60

Namun, yang menjadi permasalahan kepada ramai adalah laporan mengatakan bahawa kos bagi menunaikan haji dilaporkan meningkat naik.

Kos menyempurnakan ibadah haji secara muasasah dilaporkan meningkat kepada kira-kira RM31,000 bagi setiap orang untuk tahun 2023 ini, tambahan kira-kira RM2,368 berbanding musim lalu.

Kos haji itu merangkumi tiket penerbangan, pengangkutan di Tanah Suci, sewaan bilik penginapan di Mekah dan Madinah, kos sajian makanan dan bayaran untuk pelbagai perkhidmatan asas kepada pihak-pihak berwajib di Arab Saudi.

Faktor utama kenaikan harga adalah inflasi berikutan impak dalam ekonomi global, cukai, kadar pertukaran mata wang dan harga hartanah di Makkah dan Madinah.

Kenaikan ini juga disebabkan caj tambahan melibatkan kemudahan sedia ada dan baharu seperti khemah di Arafah dan Mina, mutawwif (panduan untuk jemaah haji) dan penggunaan bas yang lebih baik di Arab Saudi.

Bagaimanapun, Tabung Haji (TH) akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji untuk golongan berpendapatan rendah melalui mekanisme Bayaran Haji secara bersasar yang mula diperkenalkan pada musim haji tahun lalu.

Bayaran Haji adalah jumlah yang perlu dibayar oleh seorang jemaah kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji iaitu lebih rendah daripada kos sebenar menunaikan haji.

Perbezaan kos itu ditanggung sepenuhnya oleh TH melalui Bantuan Kewangan Haji atau Hajj Financial Support (HAFIS) untuk jemaah menunaikan haji buat pertama kali secara muassasah.

TH sentiasa berusaha melalui perbelanjaan berhemah dan strategik agar kenaikan ini tidak terlalu membebankan jemaah haji.

Bagi menangani impak kenaikan kos haji ini dalam jangka masa panjang, TH juga memeterai perjanjian jangka panjang dengan syarikat-syarikat penerbangan dan juga memajak bangunan penginapan jemaah haji di Mekah dan Madinah untuk beberapa musim dalam usaha mengekalkan harga sewaan.

Dalam pada itu, TH menetapkan penerbangan pergi pertama jemaah pada 21 Mei 2023 (Isnin) dan penerbangan pergi terakhir pada 21 Jun 2023 (Rabu), manakala penerbangan pulang pertama pada 6 Julai 2023 (Khamis) dan penerbangan pulang terakhir pada 2 Ogos 2023 (Rabu).

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA