Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyuarakan rasa tidak puas hati beliau dengan harga tiket penerbangan Kuala Lumpur- Tawau yang dijual terlalu mahal pada tarikh berdekatan Hari Raya Aidilfitri y
Menerusi tulisan di akaun Facebook rasmi beliau, Ka Siong berkata hasil semakan mendapati tiket penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau untuk kelas ekonomi menjelang musim Hari Raya Aidilfitri ini (20 April 2023) menjangkau RM3,138.
Menurutnya, ketika pintu sempadan baru saja dibuka pada 1 April tahun lalu, tambang ketika itu melebihi RM1,000 kerana tidak banyak pesawat boleh beroperasi ekoran perlu melalui proses penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) untuk tiga bulan sebelum dibenarkan beroperasi demi keselamatan.
Pada masa itu, beliau selaku Menteri Pengangkutan serta kerajaan dikritik teruk dan dihadapi dengan sebaik mungkin. Namun sekarang, tiada lagi isu sekatan pergerakan akibat COVID-19 atau MRO, tapi harga tambang dari Kuala Lumpur ke Tawau bernilai RM3,138 seorang sekaligus menyukarkan keluarga B40 dan M40 khususnya warga Tawau di perantauan nak beraya tahun ini.
“Dijangkakan jawapan standard kerajaan adalah dasar kerajaan tidak mengawal tambang penerbangan kerana ‘dynamic pricing mechanism’,” katanya.
Beliau menegaskan rakyat sudah tidak dapat lagi menerima jawapan standard berkenaan tidak kira zaman siapa jadi pemerintah.
“Kepada syarikat penerbangan, tolonglah rakyat,” rayunya. -