Melẫncong atau mengɛmbara merupakan satu terapḭ setelah penat bekerja.Sesetengah orang yang lebih suka untuk melakukan pengembaraan secara solo berbanding berkumpulan bagi mencari ketenangan.
Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk bercuti. Begitu juga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Farah Nabilah yang begitu kreatif mengubahsuai kenderaan jenis Myvi miliknya menjadi ‘campercar’ mudah alih bagi merealisasikan impiannya iaitu pusing satu Malaysia!
Tujuan Farah berbuat demikian adalah kerana beliau lebih suka melakukan pengembaraan secara solo bagi mencari ketenangan. Malah, baginya ia diibaratkan sebagai satu terapi setelah penat bekerja.
Tak Perlu Keluarkan Modal Besar, Farah Jelajah 10 Negeri Dalam Tempoh 10 Hari!
Idea ini mula tercetus apabila dirinya bercadang untuk melaksanakan satu percutian solo (solo travel) menjelajah sekitar Malaysia dengan menggunakan Myvi miliknya.
Sehubungan itu, Farah telah meminta meminta buah fikiran dan mendapat nasihat serta tunjuk ajar daripada rakanya dalam usaha merealisasikan idea untuk menukar Myvi menjadi campercar mudah alih dan ringkas.
Dia begitu terinspirasi untuk melakukan transformasi tersebut apabila rakanya, Asri Nawawi bertindak menukar kereta Kancil miliknya menjadi campercar.
Kos yang terpaksa dikeluarkan olehnya sewaktu melaksanakan transformasi ‘CamperMyvi’ ini hanya sekitar RM500 sahaja.
Ia tidak melibatkan modifikasi yang besar disebabkan Farah mahukan kenderaan yang ringkas dan mudah alih, jadi apabila dia memandu kereta, ianya masih kelihatan sebuah Myvi yang asal. Tetapi ia akan nampak seperti camper jika berhenti di sesuatu kawasan sahaja.
Sebaik sahaja ideanya itu diterjemah menjadi realiti. Wanita ini terus memulakan percutian impianya selama 10 hari, menjelajah sekitar Malaysia dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sebelum kembali semula ke Melaka.
Farah akui dia berasa puas hati dan seronok serta tidak sabar untuk menjalankan pengamabaran solonya ke destinasi yang seterusnya di masa akan datang.
Ternyata usaha dilakukan Farah ini begitu menarik dan wajar dijadikan inspirasi khususnya kepada wanita di luar sana yang gemarkan cabaran dan berminat melakukan aktiviti kembara solo seperti ini.