HalalXPlorer Logo
free entrance to old sarawak museum kemasukan percuma ke muzium sarawak yang lama
15 December 2023

Muzium Lama Sarawak Adakan Sesi Lawatan Istimewa Secara Percuma Sepanjang Mei ini !

Kongsikan:

Muzium Lama Sarawak Tawar Kemasukan Percuma Untuk Lawatan Istimewa Sepanjang Mei Ini. Sekiranya anda seorang peminat sejarah, bangunan dan seni bina lama, anda pasti tertarik dengan lawatan ‘Sarawak Museum Old Building Special Tour’ ini.

Lawatan ini akan berlangsung sepanjang bulan ini dan dibuka pada hari Isnin hingga Ahad.

Muzium Lama Sarawak Adakan Sesi Lawatan Istimewa Secara Percuma Sepanjang Mei ini

Anda boleh menyertai lawatan pada sesi pagi yang bermula pada jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi atau sesi petang yang bermula pada jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Namun, tempat hanya terhad kepada 15 orang setiap sesi.

Untuk menyertai lawatan Istimewa ini, anda hanya perlu mendaftar di Borneo Cultures Museum, Aras 1 (bersebelahan eskalator sebelah kanan).

Perserta lawatan  akan diberikan pas pelawat percuma untuk membolehkan anda menjelajahi bangunan lama Muzium Sarawak, iaitu antara bangunan bersejarah di Kuching.

Lawatan  ini akan membawa anda melihat karya seni mural kenyah, sejarah dan seni bina bangunan lama Muzium Sarawak, dan bangunan lama dengan sejarah yang menarik perhatian anda.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA