HalalXPlorer Logo
nak beli lemang untuk sambutan raya ini dia 9 tips yang anda perlu tahu
19 April 2023

Nak Beli Lemang Untuk Sambutan Raya ? Ini Dia 9 Tips Yang Anda Perlu Tahu !

Kongsikan:

Raya dan lemang sememangnya tidak dapat dipisahkan. Tetapi, disebabkan cara pembuatan lemang yang tidak mudah, ramai memilih untuk membeli sahaja.

Nak Beli Lemang Untuk Sambutan Raya ? Ini Dia 9 Tips Yang Anda Perlu Tahu !

Cuma, timbul pula persoalan. Macamana untuk kita membeli lemang yang terbaik ? Haa, ini dia 9 tips yang dikongsikan oleh seorang peniaga.

1. Cari gerai lemang yang banyak kayu untuk dibakar

Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah peniaga lemang, mereka mengukus lemang tempat lain, kemudian bawa datang ke gerai mereka dan layur je kat bara api. Kononnya macam bakar disitu lah tu !

2. Pilih lemang yang bersaiz sederhana

Jangan ambil lemang yang terlalu besar ataupun yang terlalu kecil. Pastikan anda memilih lemang bersaiz sederhana, atau orang biasa kata yang sedang-sedang. Ini kerana yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tetapi ada kemungkinan bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut.

3. Minta peniaga lemang belah bahagian bawah lemang

Jika bahagian bawah lemang masak, maka hampir pasti bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah peniaga lemang, mereka hanya akan membelah bahagian atas lemang untuk ditunjuk kepada pelanggan, dan kata lemang masak. Balik-balik, time potong, bahagian bawah tak masak lagi.

Nak Beli Lemang Untuk Sambutan Raya ? Ini Dia 9 Tips Yang Anda Perlu Tahu !

4. Cuba minta diskaun jika beli banyak

Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun melampau. Kesian la kat peniaga yang mencari buluh, siapkan bahan dan bakar lemang tu. Kalau nak terlampau murah, haaa buat sendiri.

5. Jangan singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang

Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan-tuan semua perasan, pallet kayu ni jarang anai anai sentuh kan?

6. Pilih lemang yang bahagian atasnya sudah kering

Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering. Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari. Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan x elok, jangan buang! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang.

7. Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya

Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi.

8. Pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut

Sebelum anda membeli lemang, pastikan anda menghidu dahulu bau 'kepala' ataupun bahagian atas lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.

9. Hak sebagai pembeli, tapi dengan adab

Akhir sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak-hak anda semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual.

10. Tips Jimat Beli Lemang

Kalau jenis suka buat sendiri tapi malas nak mencari buluh, apa kata anda beli buluh lemang yang kosong sahaja kemudian masukkan bahan-bahan sendiri. Baru lah jimat, sambil boleh bergotong royong dengan keluarga di kampung. Beli sahaja buluh lemang disini !

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA