HalalXPlorer Logo
15 December 2023

Wajib Ada 'Booster', Baru Boleh Solat Jumaat di Selangor Mulai 25 Februari

Kongsikan:

Bermula 25 Februari ini, hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak (booster), dibenarkan hadir solat Jumaat di masjid-masjid & surau jumaat seluruh Selangor berdasarkan ketetapan terkini yang diedarkan secara dalaman oleh Jabatan Agama Islam Selangor kepada pengurusan masjid, surau dan musolla negeri itu.

Jemaah lengkap vaksin, dos penggalak sahaja boleh solat Jumaat di Selangor  - Kosmo Digital

Surat bertarikh 21 Februari itu menyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, berkenan mengekalkan ketetapan solat Jumaat, solat lima waktu dan program pengimarahan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Hanya Jemaah Lengkap Dos Penggalak Dibenar Solat Jumaat Di Selangor

Ia menjelaskan mengenai Ketetapan Baru Pelaksanaan Solat Fardu Jumaat Dengan Kapasiti Penuh Serta Penjarakan Fizikal 1 Meter Antara Jemaah Di Semua Masjid, Surau Kebenaran Solat Jumaat Di Selangor.

Baginda Sultan Selangor juga berkenan agar pentadbir masjid, surau dan musolla di seluruh Selangor mempertingkatkan penguatkuasaan bagi mengelakkan situasi buruk yang akan menjajaskan aktiviti di di masjid, surau dan musolla susulan perkembangan terkini penularan COVID-19 yang membimbangkan di seluruh negara.

"Antara perkara yang ditekankan dalam edaran itu adalah jemaah yang menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak (booster) dibenarkan hadir bagi menunaikan solat Jumaat.

Ketetapan terkini solat jemaah di masjid Selangor

"Pihak masjid juga perlu memastikan penandaan kedudukan jemaah dilakukan dengan jelas di ruang dewan solat utama dan ruang limpah masjid, surau dan musolla berdasarkan penjarakan fizikal 1.0 meter.

"Selain itu, jemaah perlu mengekalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia kala iaitu sihat dan tidak bergejala, memakai pelitup muka, membawa sejadah besar dan berwuduk, selain mempamerkan dan merekod kehadiran melalui aplikasi MySejahtera," menurut edaran itu.

Selain itu, pengurusan juga perlu memastikan ruang solat berhawa dingin mendapat ruang pengaliran udara atau ventilasi yang baik dengan membuka sebahagian pintu dewan solat utama masjid, surau dan musolla bagi memastikan tidak berlaku kitaran peredaran udara tepu yang memungkinkan penularan lebih mudah berlaku.

Dalam pada itu, pengurusan juga perlu memastikan sanitasi dibuat secara berjadual, khususnya sebelum dan selepas solat atau majlis membabitkan penyertaan jemaah yang ramai.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA