Siapa kata penginapan cantik dan best mesti mahal? Haa dekat sini kami nak bantu you guys untuk dapatkan penginapan yang budget tapi memorable. Lagi best, semua tempat ni boleh dapat bawah RM100 tau! Boleh la kita planning nak pergi bercuti dekat mana masa terdekat ni.
Arte S Pulau Pinang
Bagaikan menginap di masa hadapan! Reka bentuk Arte S By Fify Suite Penang ini penuh dengan seni reka yang unik, dengan hanya RM95 per malam anda boleh mendapatkan akses ke fasiliti-fasiliti seperti gym, kolam renang dan ruangan riadah yang unik.
- Anggaran Harga : RM95/Malam
The Mesui Hotel, Bukit Bintang Kuala Lumpur
Terletak di segi tiga emas Kuala Lumpur, Bukit Bintang. Memudahkan pengunjung untuk berkunjung ke pusat attraction utama Kuala Lumpur seperti KLCC, Pavillion, Berjaya Times Square.
- Anggaran Harga : RM89/Malam
Garden View Aframes 2, Pulau Tioman
Terletak di Kg Juara, Pulau Tioman, Pahang, berhampiran dengan Pantai Mentawak dan 200 meter dari Pantai Barok.Pelbagai aktiviti air boleh dilakukan, reka bentu bilik yang come dan berwarna warni.
- Anggaran Harga : RM75 termasuk sarapan
T Star Cottage, Langkawi
Hanya 5 minit berjalan kaki dari Pantai Tengah, Langkawi. Seni rekanya yang unik dan nyaman memberikan pengalaman yang memorable buat pengunjung.
- Anggaran Harga : RM84 / Malam
Tehel Farmhouse Melaka
Terletak di 16km dari Bandar Melaka, Tehel Farmhouse mempunyai laman yangluas dan parking yang selesa. Dibelakangnya terdapat taman dan rumah burung yang comel.
- Anggaran Harga : RM96 / Malam
Patro, Tanjung Tualang, Perak
Patro atau dikenali sebagai Perak Agro Tourism Resort yang sangat luas dan dipenuhi dengan pelbagai jenis tarikan Agro, suasana sangat tenang dan damai. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti berbasikal, ATV dan aktiviti teambuilding. Terdapat pelbagai jenis bilik antara yang menjadi tarikan ialah kediaman berbentuk palong air ini berhadapan dengan tasik yang sangat cantik.
- Anggaran harga : RM90 / malam
The Rucksack Caratel, Melaka
Reka bentuk yang unik, memiliki pelbagai jenis bilik, antara yang menjadi tarikan ialah bilik berbentuk Caravan. Turut menyediakan kolam renang, ruangan riadah dengan pelbagai jenis permainan dan WiFi percuma .
Terletak 200 meter dari Muzium Istana Kesultanan Melaka, manakala A Famosa dan Melaka Alive berjarak 1 km
- Anggaran Harga : RM91 / Malam
Hotel Perling, Johor Bahru
Reka bentuk ala Inggeris ini menjadi pilihan mereka yang berkunjung ke Perling pastinya membuatkan anda terasa seolah-olah sedang bercuti di Kota London.
- Anggaran Harga : RM80/ Malam
M Qube Hotel, Penang
Dengan hanya serendah RM58 anda dapat rasai pengalaman bagaikan tidur di dalam mesin masa!ruangan yang futuristic ini pastinya pengalaman yang lain dari yang lain. Terletak di Bayan Lepas.
- Anggaran Harga : RM58 / Malam
Borneo Tree House, Kota Kinabalu, Sabah
Murah dan sangat unik! Dipanggil treehouse kerana ada pokok yang menembusi ruangan bilik. Suasana hutan yang nyaman dan sesuai untuk keluarga.
- Anggaran Harga : RM85 / Malam