HalalXPlorer Logo
tempat menarik di kelantan
26 November 2024

40+ Tempat Menarik di Kelantan Mengikut Jajahan

Kongsikan:

Kelantan menawarkan pelbagai lokasi menarik dan rare untuk diterokai. Berikut adalah senarai tempat-tempat menarik berdasarkan setiap jajahan:

40+ Tempat Menarik di Kelantan Mengikut Jajahan

#MenarikDiKotaBharu

  1. Street Art Kota Bharu
    • Mural seni yang memukau, sesuai untuk bergambar.
  2. Pantai Mek Mas
    • Pantai cantik dengan suasana kampung yang menenangkan.
  3. Pantai Pulau Kundur (Pulau Nami-2)
    • Menyerupai suasana Pulau Nami di Korea.
  4. Bazaar Karat KB
    • Tempat membeli barangan preloved dan cenderahati.
  5. Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah
    • Masjid ikonik dengan seni bina menakjubkan.
  6. Floating Market, Pengkalan Datu
    • Pasar terapung dengan pelbagai pilihan makanan tradisional.

#MenarikDiBachok

  1. Ombak Rindu Kemayang
    • Tempat bergambar cantik dengan suasana pantai.
  2. Pulau Nami-1 (Pantai Senok)
    • Pokok-pokok rhu yang memberikan vibe seperti di Korea.
  3. D'Aur Beach Resort
    • Resort menarik dengan suasana pantai eksklusif.

#MenarikDiPasirPuteh

  1. Pantai Bisikan Bayu
    • Dikenali dengan angin bayu lembut dan pantai bersih.
  2. Jeram Pasu
    • Air terjun popular untuk keluarga.
  3. Jeram Linang
    • Kawasan rekreasi dengan pemandangan alam semula jadi.
  4. Jeram Mengaji (Mak Nenek)
    • Lokasi riadah dengan air terjun unik.
  5. Tok Aman Bali Beach Resort
    • Resort eksklusif untuk penginapan santai.

#MenarikDiMachang

  1. Kolam Air Panas Tok Bok
    • Kolam air panas semula jadi untuk relaksasi.
  2. Lorong Cek Mek Molek Street Art
    • Street art yang mempamerkan identiti Kelantan.
  3. Bukit Bakar
    • Lokasi mendaki dan berkelah.

#MenarikDiKualaKrai

  1. Istana Sangkut
    • Tapak sejarah dengan seni bina lama.
  2. Gua Ikan & Gua Keris
    • Gua unik dengan formasi batu menarik.
  3. Jelawang Pipe Resort & Extreme Park
    • Penginapan dan aktiviti lasak.
  4. Air Terjun Chenulang
    • Air terjun cantik untuk berkelah.
  5. Gunung Ayam, Baha & Stong
    • Destinasi mendaki terkenal di Kelantan.
  6. Air Terjun Jelawang
    • Salah satu air terjun tertinggi di Asia Tenggara.

#MenarikDiGuaMusang

  1. Masjid Razaleigh (Ala Masjidil Haram)
    • Masjid moden yang diinspirasikan dari Masjidil Haram.
  2. Taman Negara Kuala Koh
    • Destinasi ekopelancongan dengan hutan hujan asli.
  3. Bunga Rafflesia Lojing
    • Peluang melihat bunga terbesar di dunia.
  4. MoonRiver Lodge, Lojing
    • Penginapan dengan pemandangan kebun teh.

#MenarikDiJeli

  1. Bukit Kudung & Lalang's Chalet
    • Lokasi dengan pemandangan bukit indah.
  2. Gunung Reng
    • Bukit berbatu yang sesuai untuk hiking.
  3. Lata Janggut
    • Air terjun menenangkan di kawasan kampung.
  4. Lata Kashmir
    • Air terjun baru dengan suasana eksotik.

#MenarikDiTanahMerah

  1. Bukit Panau
    • Tempat mendaki yang terkenal dengan sejarahnya.
  2. Guillemard Bridge
    • Jambatan ikonik untuk fotografi.
  3. Lata Bijih
    • Air terjun menarik untuk keluarga.

#MenarikDiPasirMas

  1. Masjid Brunei
    • Masjid moden dengan seni bina menakjubkan.
  2. Danau To' Uban
    • Tasik semula jadi dengan pemandangan cantik.
  3. Rumah Tokey Dodol
    • Peluang melihat proses pembuatan dodol tradisional.
  4. Masjid Beijing
    • Masjid dengan seni bina bercirikan budaya China.

#MenarikDiTumpat

  1. Muzium Wau
    • Pusat warisan wau tradisional.
  2. Pulau Suri Floating Market
    • Pasar terapung dengan pelbagai juadah unik.
  3. Kilang Serunding RS & SUZARA, Kg Laut
    • Tempat membeli serunding asli Kelantan.

Senarai ini adalah panduan ringkas. Untuk maklumat lebih terperinci setiap lokasi, nantikan posting selanjutnya! SHARE supaya lebih ramai dapat manfaat.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA