Islam telah diamalkan di Hong Kong selama lebih daripada 175 tahun dan umat Islam di bandar ini datang dari pelbagai latar belakang. Ini bermakna anda tidak hanya terhad kepada masakan halal Kantonis, tetapi juga boleh menikmati masakan lain seperti Timur Tengah, Mediterranean, dan Indonesia. Berikut adalah 7 port makan halal yang anda boleh cuba saat berada di Hong Kong.
Islamic Centre Canteen
Kantin Pusat Islam ni dibuka sejak tahun 1981 dan terletak di tingkat 5 masjid dan pusat Islam tempatan. Naik lif atau guna tangga, untuk sampai ke sana. Kantin ini dibuka dari sarapan hingga makan malam, jadi datang awal supaya dapat pilihan dim sum yang lebih banyak, sebab dim sum akan habis pada pukul 3 petang. Tempat ni terkenal sebagai ‘satu-satunya tempat untuk masakan Kantonis halal di bandar’. Cuba je dim sum yang anda suka (nasi ketan stim dengan ayam dalam daun teratai memang recommended) bersama nasi, mi, atau hidangan goreng Kantonis.
Nota: Restoran ni hanya untuk Muslim dari Jumaat hingga Ahad, dan Cuti Umum.
LockCha Tea House
LockCha Tea House adalah tempat yang tenang di tengah-tengah bandaraya Hong Kong yang super sibuk, di sini anda boleh menikmati dim sum vegetarian. Dekorasi tempat ini membawa kembali suasana kedai teh Kantonis tradisional, di LockCha anda akan rasa terasing dari dunia luar dan mungkin juga boleh dengar muzik Cina secara langsung kalau datang waktu teh pada hari Ahad (4:30–6:30 petang).
Wai Kee
Wai Kee ni adalah satu tempat rahsia dalam hawker centre disini. Orang kata, anda tak boleh keluar dari Hong Kong tanpa cuba itik panggang kat tempat yang simple ni, dan memang sedap. Masuk dari aras jalan, kemudian naik lif atau tangga ke tingkat pertama. Pesan itik panggang dengan nasi atau mi yang popular. Kari kambing yang lembut pun memang sedap.
Warung Malang
Kalau nak rasa makanan yang lain daripada masakan Cina tempatan, cuba singgah Warung Malang yang simple ni. Orang Indonesia yang tinggal di sini suka datang sebab menunya memang asli dan segar. Dari satay hingga hidangan sup (soto, rawon); pelbagai snek dan pencuci mulut berwarna-warni, Warung Malang pasti memuaskan hati.
Hung's Chinese Restaurant
Hung's Chinese Restaurant atau Restoran Cina Hung adalah tempat kecil dalam Chungking Mansions, tak jauh dari Masjid Kowloon. Dengan banyak pilihan masakan Cina kat menu, anda boleh makan sambil guna Wi-Fi percuma. Hidangan stir-fry khas mereka termasuk bunga kulat ulat Cina stir-fry dengan ayam dan ikan maw, cendawan serta sayur-sayuran. Bawa diri anda dalam pengembaraan kulinari Cina!
Islam Food
Islam Food adalah tempat lama yang mula beroperasi pada tahun 1950-an, bila Old Mr. Ma mula jual kek daging lembu, dumpling goreng, dan minuman soya masin. Hasil daripada usaha Old Mr. Ma yang belajar buat kari Pakistan masa kerja dengan pegawai polis Muslim pada tahun 1930-an, kita sekarang boleh nikmati kari sedap ni kat Hong Kong.
Punyalah restoran ni terkenal di kalangan penduduk tempatan, pelbagai anugerah makanan tempatan telah diraih. Hidangan khas mereka mungkin nampak sama dengan restoran Cina halal lain (seperti gulash daging lembu dan chop kari kambing), tapi sup pedas & masam dan hidangan sejuk (kaki lembu berempah, usus, tendon, ayam, medaka dan lidah lembu) mungkin menarik bagi penggemar makanan. Jangan lupa cuba xiao long bao (dumpling daging lembu stim) yang sedap. Restoran ni ada dua cawangan.
Istanbul Kebab
Istanbul Kebab adalah restoran kecil tapi selesa, di mana anda boleh menikmati pelbagai kebab yang diperap dengan baik dari Adana hingga Istanbul. Selain kebab, tempat ni juga hidangkan hidangan Turki klasik dengan gaya, macam kubis berisi, daun anggur berisi, dan terung berisi. Kalau anda craving masakan Mediterranean, Istanbul Kebab memang pilihan yang tepat.