HalalXPlorer Logo
hatyai food hunting
04 September 2024

9 Port Makanan Halal di Hat Yai Yang Wajib Korang Cuba !

Kongsikan:

Hat Yai sememangnya menjadi destinasi kegemaran warga malaysia disebabkan jaraknya yang dekat dan kos travel yang murah.

https://s.shopee.com.my/2LFG7JyPJh 9 Port Makanan Halal di Hat Yai Yang Wajib Korang Cuba ! Halal foodhunting in hat yai thailand

Selain itu, Hat Yai juga terkenal dengan kepelbagaian masakan halal yang menjadi tumpuan pelancong Muslim baik di restoran mahupun makanan jalanan. Terdapat pelbagai restoran dan gerai makanan jalanan yang menyajikan hidangan lazat yang sesuai dengan citarasa orang Malaysia. Berikut adalah antara port makanan halal yang wajib anda cuba di Hat Yai !

Kai Tod Decha

Kai Tod Decha adalah salah satu restoran halal paling terkenal di Hat Yai. Menu dia ada hidangan Thai klasik macam tom yum, tapi yang paling terkenal adalah ayam goreng dia yang sedap gila! Restoran ni dekat dengan lapangan terbang Hat Yai, jadi senang sangat nak singgah lepas korang sampai.

Port Makanan Halal di Hat Yai Yang Wajib Korang Cuba ! Halal foodhunting in hat yai thailand
  • Status Halal: Dimiliki Muslim
  • Harga Purata: THB60-100
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari; 10.30AM - 9.30PM
  • Alamat: 93 Chee Uthit Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Hubungi: +66 81 098 3751

Chabura Dimsum

Dimsum di Thailand? Mungkin tak nampak macam hidangan Thai kebiasaan tapi dimsum di Chabura ni memang terkenal kat bandar ni! Restoran ni tempat sarapan yang super popular, jadi cuba datang awal kalau tak nak beratur panjang. Dim sum ni dihidang dalam pinggan besi kecil dalam pengukus, jadi korang boleh cuba pelbagai hidangan dalam satu sesi. Kalau tak cukup kenyang lagi, boleh order hidangan macam Roti Canai Daging untuk lengkapkan makanan korang.

Port Makanan Halal di Hat Yai Yang Wajib Korang Cuba ! Halal foodhunting in hat yai thailand
Kredit Gambar : Faiz Asmadi di X
  • Status Halal: Dimiliki Muslim
  • Harga Purata: THB15-THB20
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari; 6AM - 2PM
  • Alamat: 430 Ratthakan Road, Sapan dam, Khlong Hae, Hat Yai 90110, Thailand
  • Hubungi: +66 64 746 5040

Salma Halal Restaurant

Salma adalah satu lagi restoran halal yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Di sini korang boleh dapatkan hidangan Thai asli macam papaya salad, tom yum seafood, telur dadar, dan kari hijau! Kalau korang berjalan ramai-ramai, memang berbaloi singgah sini supaya boleh cuba pelbagai jenis hidangan mereka.

Port Makanan Halal di Hat Yai Yang Wajib Korang Cuba ! Halal foodhunting in hat yai thailand

Ruang makan dia tak besar sangat jadi kami cadangkan datang sebelum atau selepas waktu puncak untuk peluang terbaik dapat tempat duduk!

  • Status Halal: Dimiliki Muslim
  • Harga Purata: THB120-180
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari; 8AM - 10PM
  • Alamat: 85/3 Thanon Prachathipat, Hat Yai, Thailand
  • Hubungi: +66 74 893 449

Hamid Restaurant

Tak jauh dari Salma, ada satu lagi restoran halal, Hamid Restaurant - restoran milik Muslim yang menyajikan makanan Thai, pencuci mulut, hidangan fusion dan banyak lagi! Harga kat sini lebih kurang sama jadi korang boleh pilih nak makan kat mana. Mulakan hari korang dengan hidangan sarapan American breakfast mereka, atau tamatkan dengan pencuci mulut yang sedap!

  • Status Halal: Dimiliki Muslim
  • Harga Purata: THB20-THB25
  • Waktu Operasi: 10AM - 10PM (Isnin-Jumaat), 7AM - 10PM (Sabtu-Ahad)
  • Alamat: 73-75 Prachathipat Rd, ตำบล หาดใหญ่ Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Hubungi: +66 074 243 008 atau +66 089 464 8896

ASEAN Night Bazaar

Scena makanan halal di Hat Yai bukan sekadar restoran - ada pasar malam dan bazar gaya pasar untuk korang cepat-cepat grab makanan! Kalau korang singgah ASEAN Night Bazaar, naik ke food court di tingkat 2 untuk pelbagai pilihan makanan halal. Cari gerai milik Muslim yang menyajikan kerang goreng rangup dengan tauge, nasi goreng udang, ayam panggang dengan nasi dan banyak lagi.

Port Makanan Halal di Hat Yai Yang Wajib Korang Cuba ! Halal foodhunting in hat yai thailand
Kredit Gambar : TripAdvisor
  • Status Halal: Sila semak dengan pemilik gerai. Buat masa ni, kami tak tahu ada gerai yang disahkan halal di bazar ni tapi ada beberapa gerai milik Muslim. Beberapa gerai lain mungkin hanya menjual minuman atau pencuci mulut tanpa bahan-bahan berperisa.
  • Harga Purata: THB50
  • Waktu Operasi: 3PM - 10.30PM (Jumaat, Sabtu, Ahad, Selasa, Rabu), 5PM - 10.30PM (Khamis), tutup pada hari Isnin
  • Alamat: Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Khlong Hae Floating Market

Tak lengkap lawatan ke Hat Yai kalau tak pergi ke pasar terapung ni! Ia bukan sekadar ikon budaya bandar ni tapi juga syurga makanan halal! Ada ramai penjual Muslim kat pasar ni, jadi cari makanan yang mesra Muslim tak susah sangat. Cari telur burung puyuh goreng, mi som tam, tom yam seafood, takoyaki, air kelapa dan banyak lagi.

Port Makanan Halal di Hat Yai Yang Wajib Korang Cuba ! Halal foodhunting in hat yai thailand
Kredit Gambar : Thai2Siam
  • Status Halal: Sila semak dengan pemilik gerai masing-masing. Buat masa ni, kami tak tahu ada gerai yang disahkan halal tapi ada beberapa gerai milik Muslim. Beberapa gerai lain mungkin hanya menjual minuman atau pencuci mulut tanpa bahan-bahan berperisa. Kami cadangkan korang makan dengan budi bicara sendiri.
  • Harga Purata: THB50
  • Waktu Operasi: 1 PM - 9 PM (Jumaat-Ahad), tutup Isnin hingga Khamis
  • Alamat: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Dapor Muslim

Terletak betul-betul di depan stesen kereta api Haadyai, kedai kecil ni jual masakan Thai Selatan yang sedap termasuk kerang bakar, ikan siakap masam, dan sup daging! Kedai kecil dan sederhana ni sebenarnya dah wujud berdekad-dekad dan merupakan permata tersembunyi yang korang tak boleh lepaskan.

  • Status Halal: Dimiliki Muslim
  • Harga Purata: THB15-THB30
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari; 6AM - 6PM
  • Alamat: 4/5 Thumnoonvithi Rd, Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand

Sebagai penutup, Hat Yai bukan sahaja menawarkan pemandangan yang menarik dan pengalaman membeli-belah yang memuaskan, tetapi juga sebuah syurga makanan bagi pencinta kulinari. Dengan pelbagai pilihan makanan halal yang lazat, dari restoran terkenal hingga pasar malam yang meriah, bandar ini pasti memenuhi selera anda, sama ada anda mengidamkan hidangan tradisional Thai atau sekadar mencari sesuatu yang baharu untuk dicuba. Jadi, jika anda merancang untuk bercuti di sini, pastikan anda singgah di beberapa tempat makan yang telah disebutkan. Selamat menjamu selera dan semoga perjalanan anda di Hat Yai penuh dengan kenangan manis!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA