Apa yang kami senaraikan di sini bukanlah tempat cuti biasa-biasa tapi lebih kepada tempat percutian yang sangat unik dan lain dari lain untuk dicuba.
Memandangkan sekarang pun Ringgit Malaysia tengah jatuh dan sedikit-sebanyak memusnahkan harapan ramai orang untuk bercuti ke luar negara, jangan risau kerana kami akan kongsikan 10 tempat menarik dan unik di Malaysia yang boleh korang pilih.
Tak perlu nak ke luar negara, di Malaysia pun ada!
1. Sekeping Serendah, Selangor
Mungkin ramai yang sejak lahir sampailah hari ini membesar dan hidup di dalam ibu kota penuh sibuk tak pernah henti. Apakata cuba bercuti di Sekeping Serendah ini.
Bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan! Sambil mendengar bunyi unggas dan serangga hutan, sungguh mendamaikan. Bila malam tidur pun dalam kelambu. Wow, romantik! Hehe!
- Web: www.sekeping.com/serendah/
- Facebook: www.facebook.com/sekepingretreats
2. The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan
Sebut sahaja Negeri Sembilan, apa yang ada dalam fikiran sesiapa sahaja tentang tempat bercuti di sana tentulah Port Dickson dan Ulu Bendul sahaja.
Namun tak ramai tahu di Seremban mempunyai sebuah tempat yang sangat menarik untuk bercuti di namakan The Shorea ini. Terdapat beberapa jenis villa penginapan yang boleh dipilih.
- Web: theshorea.com
- Facebook: facebook.com/TheShorea
3. Limastiga, Umbai, Melaka
Untuk yang inginkan suasana kampung yang moden, dilengkapi dengan kolam renang? Datanglah ke Limastiga. Hanya 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur sahaja.
Di sini, hanya pengunjung beragama Islam sahaja dibenarkan untuk menginap. Ini bagi menjaga kesucian tempat ini daripada haiwan dan minuman terlarang. Syabas!
- Web: limastiga.blogspot.com
- Facebook: facebook.com/Limastiga
4. The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan
Selain The Shorea yang terletak di Seremban, orang Selatan Malaysia juga mungkin boleh mencuba untuk bercuti di The Dusun yang terletak di Mantin.
- Web: thedusun.com.my
- Facebook: facebook.com/thedusun
5. Tanah Aina Fahad, Raub, Pahang
Untuk yang suka bercuti lebih 'adventure' lagi di dalam hutan, Tanah Aina bukanlah satu tempat yang asing lagi. Bermalam di dalam khemah yang disediakan menjadikan percutian ala-ala adventure ini bersesuaian kepada sesiapa sahaja biarpun bukan kaki camping. Tanah Aina merupakan satu resort eco-tourism di Pahang yang menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain.
Selain Tanah Aina Farouq di Raub, Tanah Aina juga ada di 3 lokasi lain iaitu Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong, Tanah Aina Farhana di Desaru, Johor dan juga Tanah Aina Fareena di Lentang, Karak, Pahang. Setiap Tanah Aina adalah unik dan akan membuatkan percutian kita sesuatu pengalaman yang akan diingati sampai bila-bila.
Web: tanah-aina.com
Facebook: facebook.com/tanahaina
6. Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka
Ingin merasai percutian ala-ala di kampung Melayu zaman dahulu-kala di tepi Selat Melaka? Desa Balqis adalah tempat yang mesti ada dalam senarai percuti anda.
Terletak di Kuala Linggi, Melaka, ini menjadi lokasi paling bersesuaian untuk mereka yang dah lama teringin nak menginap di rumah-rumah Kampung dan lari seketika dari hiruk-pikuk kota.
Web: desabalqis.com
Facebook: facebook.com/DesaBalqis
7. Templer Park Rainforest Retreat, Rawang, Selangor
Di sini, pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah sekeliling Hutan Simpan Kanching. Hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, tak syak lagi ini antara tempat menarik untuk lari seketika dari kesibukan hidup untuk seketika.
Web: tprr.net
Facebook: facebook.com/tprr1
8. MasBro Village, Paya Rumput, Melaka
Siapa yang gemarkan suasana percutian unik lebih-lebih lagi yang tempat unik untuk memenuhkan geleri di Facebook dan Instagram peribadi, The Carpedia mungkin satu tempat percutian yang boleh anda pilih.
Sekali imbas sahaja dah nampak keunikan tempat ni dengan senibina yang sangat rare di negara ini yang mana selalunya hanya boleh dijumpai di Brighton Beach, Melbourne. Walaupun binaannya nampak kecil, tapi di dalamnya boleh memuatkan sehingga 6 orang!
Facebook: facebook.com/masbrovillage
9. Tadom Hill Resorts, Banting, Selangor
Sekali lihat bukan di Malaysia, tapi siapa sangka ianya berlokasi di Banting, Selangor.
pengalaman bercuti di sini walaupun tidak jauh dari Kuala Lumpur pastinya memjadi pengalaman menarik buat sesiapa sahaja.
Web: tadomhillresorts.com
Facebook: facebook.com/tadomhill