HalalXPlorer Logo
port healing perlis
03 October 2024

D’Bangsa Port Healing: Port Lepak Tepi Sawah dengan Makanan Sedap!

Kongsikan:

Kalau ada yang tanya port lepak best area Kg. Teluk Jambu, Bintong, di Perlis, kami memang wajib rekemen D’Bangsa Port Healing. Lokasi kedai ni strategik gila sebab betul-betul tepi sawah padi yang hijau terbentang, dikelilingi bukit-bukau yang redup. Tempat ni sangat tenang, dan paling syok kalau datang waktu senja – boleh layan matahari terbenam, memang Subhanallah indah sangat!

D’Bangsa Port Healing
Kredit : Sharifah Fairus

Baru Buka, Tapi Rasa Tak Kalah

D’Bangsa baru je operasi dalam tiga hari, jadi tak pelik kalau ada bab order yang mungkin kelam-kabut sikit. Biasalah kedai baru, staff pun mungkin tengah biasakan diri.

D’Bangsa Port Healing
Bubur Sum Sum.Kredit : Sharifah Fairus

Tapi bab rasa makanan, memang kena tabik spring! Semua hidangan sedap, kena betul dengan selera. Chef mai dari mana tak tau la, tapi mungkin ada kaitan dengan Johor sebab ada menu-menu Johor yang padu.

D’Bangsa Port Healing
kacang Pool. Kredit : Sharifah Fairus

Menu Johor Feveret

Antara menu yang jadi kegemaran kat sini ialah:

  • Bubur Sum Sum
  • Kacang Pool
  • Mee Kari
D’Bangsa Port Healing
Kredit : Sharifah Fairus

Serius sedap dan lain daripada yang lain. Western pun ada, dan untuk Chicken Grill, Kuah dia memang mantap dan ramai member yang setuju benda yang sama.

D’Bangsa Port Healing
Chicken Grill. Kredit : Sharifah Fairus

Future Plans & Waktu Operasi

Kat D’Bangsa nanti akan ada beberapa kiosk pagi, tapi buat masa ni tengah dalam proses pembinaan.

D’Bangsa Port Healing
Menu Buat Masa Ini. Kredit : Sharifah Fairus

Waktu Operasi:

  • Sekarang: 5.00 petang – 12.00 malam
  • Mulai 14 Oktober:
  • Pagi (Sabtu & Ahad): 5.00 pagi – 11.00 pagi
  • Petang: 5.00 petang – 12.00 malam
  • Tutup: Jumaat

Kalau korang ada area Perlis, memang wajib datang sini. Makanan sedap, view cantik, dan suasana tenang – port healing terbaik!

Lokasi:
Google Maps: D'Bangsa Port Healing

Serius rekemen, datang sekali pasti nak repeat!

Kredit : Sharifah Fairus

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA