HalalXPlorer Logo
waktu operasi sempadan malaysia thailand
29 September 2024

Nak Pergi Thailand ? Rujuk Dulu Waktu Operasi Imigresen Pintu Sempadan Malaysia-Thailand

Kongsikan:

Pintu sempadan antara Malaysia dan Thailand menjadi lokasi penting bagi pelancong yang ingin memasuki atau keluar dari kedua-dua negara. Antara pintu sempadan utama adalah di Padang Besar di Perlis dan Bukit Kayu Hitam, Kedah dan menuju ke Sadao.

Penting untuk kita tahu waktu operasi setiap pintu sempadan ini terutamanya yang menjadi laluan kita untuk kita merancang perjalanan lebih baik. Tambah-tambah yang suka buat daytrip. Ingatkan semua pintu sempadan mempunyai waktu operasi standard hingga jam 12 malam, tengok-tengok berbeza waktu operasi. Mesti plan tergendala, terpaksa ke pintu sempadan lain ataupun bermalam lagi di Thailand.

Nak Pergi Thailand ? Rujuk Dulu Waktu Operasi Imigresen Pintu Sempadan Malaysia-Thailand

Waktu operasi imigresen di Padang Besar biasanya bermula seawal jam 6:00 pagi dan ditutup pada jam 10:00 malam. Manakala pintu Wang Kelian ditutup jam 7 malam.

Nak Pergi Thailand ? Rujuk Dulu Waktu Operasi Imigresen Pintu Sempadan Malaysia-Thailand

Begitu juga di Bukit Kayu Hitam, waktu operasi harian bermula dari jam 6:00 pagi hingga 12:00 tengah malam, menjadikannya pintu sempadan yang paling sibuk dengan akses darat dan laluan pengangkutan awam. Namun, sempadan di Durian Burung yang kebanyakannya digunakan oleh pengangkutan logistik pula merupakan pintu sempadan paling awal ditutup, iaitu seawal jam 6 petang.

Nak Pergi Thailand ? Rujuk Dulu Waktu Operasi Imigresen Pintu Sempadan Malaysia-Thailand

Pintu sempadan lain seperti Rantau Panjang di Kelantan dan pintu di Pengkalan Hulu juga memiliki waktu operasi yang berbeza. Di Bukit Bunga dan Pengkalan Kubor, pintu sempadan hanya dibuka sehingga jam 7 malam, namun operasi lanjut hingga jam 10 malam di Rantau Panjang.

Nak Pergi Thailand ? Rujuk Dulu Waktu Operasi Imigresen Pintu Sempadan Malaysia-Thailand

Namun, pelancong dinasihatkan untuk menyemak waktu terkini terutamanya semasa musim perayaan atau situasi kecemasan kerana waktu operasi boleh berubah-ubah.

Bagi mereka yang ingin menuju ke Hat Yai dari Malaysia, pilihan lain termasuk perjalanan melalui kereta api Komuter KTM yang menghubungkan Padang Besar dan bandar-bandar di Malaysia seperti Butterworth dan Alor Setar.

Sebagai penutup, penting untuk diingat bahawa perjalanan melalui pintu sempadan Malaysia-Thailand memberikan pengalaman menarik dengan keunikan budaya di kedua-dua negara. Sebelum merancang perjalanan, pastikan anda menyemak waktu operasi terkini untuk mengelakkan sebarang kesulitan, terutamanya pada waktu-waktu tertentu yang mungkin mengalami perubahan. Dengan perancangan rapi, perjalanan merentasi sempadan ini pasti menjadi lebih mudah dan selesa.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA