HalalXPlorer Logo
laluan raub bypass dibuka
01 April 2024

Raub ByPass Dibuka ! Jimat Perjalanan Hingga 2 Jam !

Kongsikan:

Sebahagian lagi laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) iaitu Seksyen 5A: Raub ByPass telah dibuka. Pembukaan jajaran tersebut dapat memberi manfaat dengan menyingkatkan masa perjalanan dari Lebuhraya Pantai Timur ke Kuala Lipis tanpa perlu melalui bandar Bentong dan Raub dengan jarak perjalanan sepanjang 45.3 kilometer (km) yang mengambil masa hanya 30 minit.

image 4
Kredit Gambar : Bernama

Ia dapat menjimatkan masa sehingga dua jam berbanding melalui jalan sedia ada yang terpaksa melewati bandar Bentong dan Raub malah kami mengharapkan dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya kerana simpang jalan yang bakal dibuka dilengkapi dengan lampu isyarat.

Selain itu, laluan ini turut diharapkan dapat menjimatkan keseluruhan kos perjalanan selain mengurangkan kesesakan trafik di Jalan Persekutuan sedia ada terutamanya pada waktu puncak, ketika musim perayaan dan cuti sekolah.

Secara keseluruhan, panjang Seksyen 5A: Raub ByPass adalah 9.6 km dan dengan pembukaan laluan sepanjang 6.4 km pada tengah malam ini serta 600 meter yang dibuka pada 25 Jun lalu, menjadikan jumlah jajaran yang sudah dibuka adalah sepanjang 7 km manakala bakinya 2.6km lagi dijadualkan siap pada Jun ini.

Pembinaan LTU atau dahulunya dikenali sebagai Central Spine Road yang menghubungkan Kuala Krai, Kelantan sehingga persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) membabitkan laluan sepanjang 299.4 km serta kos sebanyak RM7.7 bilion.

LTU ini dilaksanakan secara berperingkat membabitkan lima pakej yang pelaksanaan dilakukan mengikut keutamaan pembinaan berdasarkan kawasan yang terdedah kepada kemalangan dan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA