Umum mengetahui sebelum ini isu pendaftaran masuk (check-in) dan keluar (check-out) atau di hotel telah menjadi perbualan hangat di media sosial.
Ini kerana, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati ekoran waktu pendaftaran masuk yang ditetapkan segelintir hotel terlalu lewat manakala waktu keluar agak awal seperti contoh jam 4 petang (check-in) dan 12 tengah hari (check-out).
Perkara ini secara tidak langsung telah menarik perhatian banyak pihak termasuklah Kementerian Pelancongan dan persatuan yang mewakili industri perhotelan berhubung penetapan waktu pendaftaran masuk dan keluar hotel.
Namun, disebabkan kontroversi itu, pihak Sunway baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka mengadakan promosi istimewa buat rakyat Malaysia !
Nikmati tawaran istimewa mereka di Kuala Lumpur dengan pelbagai promosi menarik yang pasti menambah kenikmatan percutian anda. Dapatkan penjimatan hebat pada kadar bilik, nikmati sajian istimewa, tawaran eksklusif untuk acara, atau cipta momen romantik dengan pakej istimewa bersama yang tersayang.
Tawaran Check-in Awal Khas untuk Penduduk Malaysia iaitu Check-in seawal 10:00 pagi dan Check-out selewat 4:00 petang diadakan sepanjang oktober di Sunway Resort Hotel, Sunway Pyramid Hotel dan Sunway Lagoon Hotel.
Tawaran ini hanya tersedia pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat), tidak termasuk cuti umum.
Jangan lepaskan peluang ini – tempah sekarang! Tawaran bergantung kepada ketersediaan.