Berkunjung ke Perlis tidak akan lengkap tanpa singgah di Taman Buah-Buahan Eksotik, yang dahulunya dikenali sebagai Taman Anggur. Lokasi ini telah menjadi tarikan utama pelancong selepas dinaik taraf dengan pelbagai aktiviti menarik, antaranya adalah aktiviti menaiki skuter elektrik yang semakin popular.
Harga yang dikenakan juga berpatutan, iaitu RM25 untuk 20 minit menaiki skuter elektrik, dan RM20 untuk kereta elektrik bagi tempoh masa yang sama. "Kadang-kadang kita beri masa lebih bergantung kepada penggunaan, terutama jika mereka mengambil banyak buah untuk dibawa pulang," katanya sambil berkongsi kisah di mana pengunjung yang menyewa lima buah motosikal hanya dikenakan bayaran untuk empat buah sahaja.
Idea untuk menawarkan perkhidmatan ini tercetus selepas Mohd Tajudin banyak melancong ke luar negara. "Negeri-negeri lain seperti Indonesia dan Kuala Lumpur telah lama menawarkan aktiviti ini, dan kini Perlis juga sedang menuju ke arah itu.
Pengunjung yang datang ke Taman Buah-Buahan Eksotik bukan sahaja dapat menikmati aktiviti rekreasi, malah tiada bayaran masuk dikenakan, dan kawasan parkir yang luas juga disediakan. Walaupun dinamakan ‘taman buah-buahan’, lokasi ini menawarkan panorama alam yang indah dan suasana yang menenangkan.
Selain skuter elektrik, pengunjung boleh memberi makan kepada ikan di kolam dengan makanan yang disediakan pada harga RM2 sebungkus. Banyak lokasi cantik di sekitar taman untuk pengunjung merakamkan memori, sesuai dengan gaya hidup kini yang suka berkongsi gambar di media sosial. Latar belakang bukit Wang Gunung menambahkan lagi keunikan pemandangan untuk mereka yang minat fotografi.
Taman ini tidak hanya menanam buah anggur, tetapi juga buah eksotik lain seperti buah naga, buah tin, durian, harum manis, dan buah gac. Ia dibuka setiap hari kecuali hari Isnin, bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Dengan semua tarikan ini, Taman Buah-Buahan Eksotik di Perlis menjadi destinasi yang wajib dikunjungi bagi pencinta alam dan penggemar buah-buahan eksotik. Jadi, jangan lupa untuk rancang dan masukkan destinasi ini ke dalam itinerari anda ketika bercuti ke Perlis !