Terletak di Sungai Batu Pahat, Taman Rimba Herba Perlis adalah sebuah destinasi menarik bagi mereka yang ingin mendalami ilmu tentang tumbuhan perubatan. Dibuka sejak tahun 1998, taman ini merangkumi kawasan seluas 12 hektar, menempatkan lebih 900 spesies tumbuhan perubatan, menjadikannya antara destinasi unik di Perlis.
Koleksi Tumbuhan Perubatan
Taman Rimba Herba bukan sahaja menyimpan tumbuhan tempatan, malah turut memelihara tumbuhan ubatan dari kawasan luar. Antara tumbuhan terkenal yang boleh ditemui di sini termasuk:
- Tongkat Ali (Eurycoma Iongifolia Jack) – dikenali sebagai herba tenaga lelaki.
- Misai Kucing (Orthosiphon Aristatus) – berfungsi sebagai ubat tradisional untuk merawat masalah ginjal.
- Derhaka Mertua (Peliosanthes teta) – terkenal dalam perubatan tradisional.
Tumbuhan di sini dikelompokkan kepada dua jenis, iaitu yang tumbuh secara semulajadi (in-situ) dan tumbuhan yang dibawa dari kawasan lain (ex-situ). Ini memberi peluang kepada pengunjung untuk belajar dengan lebih mendalam tentang penggunaan dan manfaat setiap tumbuhan.
Aktiviti Menarik
Pengunjung boleh menikmati keindahan alam semula jadi sambil menimba ilmu tentang penggunaan herba dalam perubatan tradisional. Taman ini sangat sesuai untuk:
- Penyelidikan dan Pembelajaran: Pengunjung yang berminat boleh belajar tentang jenis-jenis tumbuhan perubatan dan kegunaannya.
- Berjalan Santai: Laluan-laluan dalam taman ini memudahkan pengunjung menikmati keindahan hutan dan alam semula jadi.
- Fotografi: Keindahan lanskap hijau menjadikan taman ini lokasi yang menarik untuk merakam gambar kenangan.
Kemudahan dan Harga Tiket
Taman ini menyediakan kemudahan asas seperti tandas dan tempat duduk untuk berehat. Harga tiket masuk pula sangat berpatutan:
- RM 2 untuk dewasa
- RM 1 untuk kanak-kanak
Maklumat Hubungan
Jika anda berminat untuk melawat Taman Rimba Herba Perlis, boleh menghubungi Jabatan Perhutanan Negeri Perlis di talian 04-976 5966 untuk maklumat lanjut.
Taman Rimba Herba ini bukan sahaja sesuai untuk pencinta alam, malah sesuai untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan herba dalam perubatan tradisional Malaysia.