HalalXPlorer Logo
top eateries in jb johor bahru 2024
13 November 2024

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Kongsikan:

Kalau korang pergi Johor Bahru jangan main redah je .Better planning betul-betul sebab banyak tempat makan menarik yang sedap WAJIB korang try, Kat bawah ni kami share informasi tempat makan best kat Johor Bahru !

‍‍‍‍1. Restoran ZZ Sup Tulang

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Kredit : Homestay Sofea

Restoran ZZ Sup Tulang yang cukup terkenal dengan menu makanan seperti sup tulang gearbox dan juga mee rebus Johor.

2. Selera Senibong Seafood

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Suka makanan laut? Korang mesti cuba Selera Senibong Seafood. Restoran yang terletak di Masai ini sangat dipuji kerana kesegaran makanan lautnya.

3. Restoran Kacang Pool Haji

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Untuk yang pertama kali mendengar tentang menu kacang pool, menu disini menyediakan set roti bakar yang dimakan bersama-sama kuah pekat yang terhasil daripada kacang pool. Telur mata turut diletak di atas kuah untuk dimakan bersama-sama, memang sangat sedap!

4.Banafee Village

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Teringin mencuba nasi ayam penyet yang terbaik rasanya? Jom singgah Banafee Village dan cubalah menu nasi ayam penyet mereka! Menu Nasi Padang, Ikan Bakar & Sup Tulang Merah juga turut menjadi kegemaran ramai.

5. Murtabak Majid Special Cheese No.1

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Murtabak ini tak sama macam murtabak normal yang biasanya anda makan kerana kehadiran keju yang menjadikannya begitu istimewa sekali! Rasanya juga enak dan tidak pula memuakkan.

6. Onn Kitchen

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !
Kredit : ZM Travels

Menu yang menarik disini antaranya ialah lempeng bersama sambal tumisnya, roti canai, meehun sup dan nasi lemak sambal paru.

Selain itu, ayam bakar, daging lembu dan kambing BBQ juga mendapat pujian ramai. Pelbagai masakan kegemaran orang Malaysia dan masakan barat dapat anda jumpa di sini.

7. Restoran Sedap Corner

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Mula beroperasi sejak tahun 1987 lagi, tidak keterlaluan jika kami katakan yang restoran Sedap Corner ini memang ‘legend’!

Antara menu yang boleh didapati di sini ialah Pandan Chicken, Ikan Pari Bakar dan Kuey Teow. Menu-menu ini kedengaran biasa sahaja namun keenakannya sememangnya luar biasa, anda pasti menyukainya.

8. Kapten Steamboat & Grill JB

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Kapten Steamboat & Grill merupakan pilihan bagi anda yang gemarkan makanan steamboat dalam suasana yang selesa dan santai. Restoran ini menampilkan hiasan dalaman yang amat indah dengan tema Inggeris yang cantik dan santai.

Selain steamboat terdapat juga menu ala carte seperti nasi, mee dan sebagainya yang boleh dicuba. Ia juga turut menghidangkan makanan grill bermula daripada ayam, daging, kambing ataupun makanan laut.

9. Al-Mizan Satay House

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Sate merupakan makanan lewat malam yang cukup sedap dinikmati terutamanya beramai-ramai. Untuk mencuba sate yang sedap dan juicy, cubalah sate di Almizan Satay House ini.

Kuah sate yang cukup rasanya dan sate yang lembut isinya merupakan antara punca ianya begitu digemari

10. Cats Cafe

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Bercirikan café haiwan yang mesra pelanggan serta menampilkan dekorasi yang berkonsepkan alam semulajadi membuatkan café ini sentiasa penuh dan sering dikunjungi oleh para pencinta kucing dari awal pembukaannya lagi.

11. Pisang Goreng Mawar

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Menacari port minum petang yang menarik sekitar JB? Ini salah satu restoran yang wajib korang kunjungi jika ingin makan sesuatu yang ringan pada waktu petang – restoran Pisang Goreng Mawar.

Semestinya pisang goreng merupakan menu yang popular di sini. Selain pisang goreng, menu lain seperti nasi lemak dan laksa juga turut disediakan

12. Village Briyani Café

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Pelbagai jenis briyani ada di sini untuk dicuba mengikut pendapat ramai. Antaranya adalah briyani udang, kambing dan juga ayam.

Antara banyak-banyak masakan dan menu briyani yang ada, briyani udanglah yang banyak disebut dan mendapat pujian ramai.

13. Roslin Beriyani House

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !
Kredit : Mark L

Dengan nasi lembut yang berperisa serta berempah beriani yang melekat, korang boleh memilih lauk pauk beriani yang terdiri daripada ayam, daging sehingga kepada kambing yang dimasak amat sedap dan dengan mudah menjerat deria rasa anda.

14. Restoran Anisofea Asam Pedas Johor Asli

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Jika di Melaka kita ada Asam Pedas Claypot, di Johor kita ada Anisofea Asam Pedas Johor Asli! Restoran ini merupakan antara restoran asam pedas yang cukup terkenal sekitar JB.

Antara asam pedas yang boleh dicuba ialah asam pedas ikan merah dan asam pedas ikan jenahak. Ada juga lauk-pauk yang lain. Lebih banyak lebih sedap!

15. Restoran Sayam

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Jika anda inginkan kelainan, dan mahu masakan Thai, restoran ini mungkin pilihan terbaik. Seperti biasa, pelbagai menu ala Thai dapat anda jumpa di sini.

Dalam banyak-banyak menu, menu siakap stim lemon sangat disyorkan bersama tom yam Chiang Mai.

16. Medan Steamboat Bandar Baru Uda

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Bagi sesiapa yang menyukai makanan steamboat, anda boleh pergi ke Bandar Baru Uda. Harganya jauh lebih murah berbanding di kedai steamboat yang lain.

Terdapat pelbagai jenis pilihan steamboat untuk korang nikmati. Korang pun boleh memilih kuahnya.

17. Abah Beriyani House

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !
Kredit : S Teh

Satu lagi restoran yang boleh anda kunjungi untuk menikmati nasi briyani ialah restoran Abah Beriani House. Nasi briyani di sini memang kena dengan citarasa orang kita, memang menarik!

Antara briyani yang wajib anda cuba ialah briyani kambing. Isi dagingnya lembut dan saiznya juga agak besar. Memang puas dimakan bersama papadom.

18. Asam Pedas Tasek

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Asam Pedas Tasek dapat memuaskan hati setiap pengujung yang datang untuk menikmati asam pedas. Terdapat pelbgai jenis ikan yang anda boleh pilih.

Antara ikan yang terdapat pada restoran ini ialah ikan merah, ikan pari, ikan sembilang dan kembung. Lokasi restoran mereka juga sangat strategik kerana ia berada berdekatan dengan Danga Bay.

19. Dulang Lima Café

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !
Kredit : IFG Travel

Nak tau kenapa dulang lima? sebab 5 jenis masakan di hidangkan dengan dulang. Konsep kedai adalah traditional kampung dan kebanyakkan menu yang di jual adalah dalam bentuk set.

Ada Set Asam Pedas, Masak Lemak, Sanggang, Ayam/Keli Penyek dan juga beberapa pilihan mi dan manisan. Korang kena cuba!

20. Warung Saga

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Warong Saga ini juga wajib dan menarik untuk yang mencari masakan atau menu yang lain daripada yang lain. Apa yang sedap dan wajib cuba makan di sini adalah tauhu gorengnya. Boleh dikatakan menu yang berada dalam carta atas.

Selain itu, menu lain yang anda boleh cuba di sini adalah lontong kering dan laksa Johor. Kami pasti anda akan menyukai menu yang cukup popular ini!

21. Azmie Wawa ABC Kg Melayu

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Ada peminat tegar ABC di sini? Di Kampung Melayu Majidee, restoran Azmie Wawa ABC Ice Cream ini cukup terkenal dengan menu tersebut.

Restoran ini tidak putus-putus menerima kunjungan dari orang ramai dek kerana penangan ABC yang disediakan. Kebanyakan ulasan di Internet juga mengakui yang ianya manis dan sangat menyegarkan tekak.

Selain ABC, rojak dan mi goreng juga boleh didapati. Cukup sesuai dinikmati untuk minum petang!

22. Restoran Tapah Corner

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Ingin mengenakan sarapan yang sedap dan mengenyangkan? Restoran Tapah Corner ini wajib korang serbu! Jika korang sibuk sehinggakan tidak ada masa untuk menyediakan sarapan bolehlah singgah di sini.

Antara menu sarapan yang boleh korang cuba ialah nasi lemak, roti canai dan mi goreng. Saiz hidangannya yang besar dan harganya yang berpatutan juga merupakan punca utama menu-menu di sini laku keras.

23. Kafe Eat & Repeat Johor Bahru

Kafe ini mempunyai beberapa cawangan sekitar negara kita, jelas menunjukkan popularitinya. Salah satu cawangannya juga di JB.

Kafe ini menyajikan makanan tempatan seperti mi kari, sagu gula melaka, mi bandung, nasi ayam goreng kunyit, lontong dan soto. Macam-macam pilihan!

24. Medan Selera Tepian Tebrau

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Tercari-cari medan selera yang menyediakan makanan berat dan ringan yang bukan sahaja sedap dan berbagai? Singgah sahaja di Medan Selera Tepian Tebrau!

Medan selera ini mempunyai berbagai jenis gerai. Ada yang menyajikan ABC, cendol, rojak, ikan bakar dan bermacam-macam lagi. Memang padu!

25. Restoran Projek Maging Steakhub

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !

Restoran Projek Maging Steakhub membawa maksud ‘makan daging’ khusus buat penggemar makanan berasaskan daging. Ada yang sanggup membayar lebih demi untuk menikmati daging berkhasiat.

Restoran ini menyajikan pelbagai hidangan daging import pada harga mengikut kemampuan.

Pilihan stik di restorannya berbeza mengikut jenis baka lembu dan makanan yang dimakan oleh baka lembu tersebut. Pilihan boleh dibuat di chiller. Pilih jenis daging sebagaimana anda memilih ikan untuk dibakar.

26. Restoran Seri Bayu Perdana

Tempat Makan Menarik & Best di Johor Bahru 2024 Untuk Korang Cuba !
Kredit : The Obsession

Peminat tegar masakan melayu kampung? Restoran Sri Bayu Perdana ini pasti kena dengan citarasa korang! Menu-menu di sini cukup pelbagai, boleh dikatakan pinggan korang memang akan penuh dengan lauk .

Restoran ini mula beroperasi sejak tahun 2000 lagi, dan sejak 19 tahun yang lalu bilangan pelanggan di restoran ini sentiasa ramai. Jadi kami nasihatkan korang datang lebih awal supaya tak terlepas peluang nanti!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA