Berita baik untuk pencinta buku! Walaupun secara umumnya buku di BookXcess agak mahal kerana kebanyakannya adalah buku import dari England, kali ini anda boleh mendapatkannya secara percuma.
Ya, 200,000 buku diberikan secara percuma dalam satu acara khas di BookXcess KL East Mall dari 4 hingga 6 April 2025.

Bagaimana Nak Dapat Buku Percuma?
- Tarikh: 4 - 6 April 2025
- Masa: Bermula 10 pagi
- Lokasi: BookXcess KL East Mall
Tiada syarat pembelian – hanya datang, pilih buku yang anda suka, dan bawa pulang. Ada buku yang mungkin mempunyai kecacatan kecil, tetapi kandungannya tetap berharga.
BookXcess KL East Mall Tutup – Ada Moving Out Sale!
Selain buku percuma, BookXcess juga sedang mengadakan jualan penghabisan stok kerana mereka akan menutup cawangan di KL East Mall.
Ini bermakna buku-buku yang dijual juga ditawarkan pada harga yang sangat murah – peluang terbaik untuk menambah koleksi tanpa membebankan poket!
Jangan lepaskan peluang ini kerana stok adalah terhad – siapa cepat, dia dapat!