HalalXPlorer Logo
kompleks hig langkawi
15 April 2025

Haji Ismail Group (HIG), Langkawi – Port Borong Coklat & Barangan Duty Free Yang Paling Legend

Kongsikan:

Kalau korang dah sampai Langkawi, memang tak sah kalau tak singgah ke salah satu outlet paling popular untuk borong coklat, pelikat, pinggan mangkuk dan barang dapur – iaitu Haji Ismail Group, atau lebih dikenali sebagai HIG.

HIG LANGKAWI
Kredit Gambar : Naturally Langkawi

HIG bukanlah nama baru dalam dunia shopping Langkawi. Syarikat ni asalnya bermula pada tahun 1987 sebagai perniagaan runcit biasa, dan pada tahun 2005, ia berkembang menjadi jenama besar yang kita kenal sekarang — lengkap dengan mall sendiri, beberapa outlet, dan barangan duty-free yang memang jadi buruan pelancong.

haji ismail group kuah
Kredit Gambar : Naturally Langkawi

Apa Yang Menarik Kat HIG?

Borong Coklat Duty-Free
Ini sebab utama orang datang ke HIG. Dari Toblerone, Ferrero Rocher, Ritter Sport, Daim, Kinder sampai ke coklat tempatan macam Vochelle & Cocoaland — semua ada, dan harga memang murah sebab tiada cukai. Nak buat doorgift kahwin, hadiah, atau borong untuk stok raya – memang berbaloi gila.

HIG LANGKAWI
Kredit Gambar : Naturally Langkawi

Barangan Dapur & Pinggan Mangkuk
Nak cari Corelle, Luminarc, Tefal dan jenama-jenama dapur terkenal dengan harga lebih rendah dari pasar biasa? HIG ada semuanya. Ramai mak-mak dan bakal pengantin memang masuk sini terus rambang mata.

Beg & Luggage
Korang nak tambah luggage sebab dah over shopping? HIG juga jual pelbagai jenis beg travel, luggage, backpack dan beg sandang pada harga lebih jimat.

Kain Pelikat, Batik, Telekung & Cenderahati
Selain barang import, HIG juga jual produk-produk tempatan yang berkualiti seperti pelikat, kain batik, t-shirt Langkawi, dan pelbagai souvenir. Sesuai sangat kalau nak bawa balik hadiah untuk family atau kawan.

haji ismail
Kredit Gambar : Naturally Langkawi

Lokasi & Cawangan HIG

HIG ada 5 cawangan utama di Langkawi, kebanyakannya terletak di sekitar bandar Kuah – kawasan yang memang jadi tumpuan untuk aktiviti shopping.

HIG Mall (Cawangan Utama)

  • Jalan Pandak Mayah 6, Kuah
  • Buka 9:00 pagi – malam
  • 04-9669397

HIG Jetty Point (Kompleks Jetty Point)

  • Zon 2, Lot 2-5, Komplek Jetty Point, Kuah
  • Buka 8:00 pagi – malam
  • 04-9672755

Best kalau korang baru sampai atau nak shopping sebelum naik feri.

HIG Chocolate (Cawangan Coklat)

  • Jalan Pandak Mayah 2, Kuah
  • 04-9672715

HIG Cayman Complex

  • No. 27b–32b, Kompleks Cayman, Kuah
  • 04-9692702

Tips Shopping Kat HIG

  • Datang awal pagi atau waktu tengah hari – Elak crowd dan lebih selesa untuk pilih barang.
  • Bawa beg tambahan – Serius, korang akan beli lebih dari yang korang rancang!
  • Tanya staf kalau nak beli dalam kuantiti banyak – Biasanya boleh dapat diskaun tambahan untuk borong.
  • Terima bayaran tunai & kad kredit – Tapi standby cash, kadang-kadang sistem boleh slow waktu peak season.

Kesimpulannya?

Haji Ismail Group bukan sekadar tempat beli coklat, tapi pusat borong lengkap untuk pelbagai keperluan pelancong — dari dapur sampai ke luggage, dari batik sampai ke snack viral. Harga pun memang kompetitif sebab duty-free, dan paling penting — banyak pilihan & servis cepat.

hig pekan kuah
Kredit Gambar : Naturally Langkawi

Jadi kalau korang plan trip ke Langkawi, jangan lupa singgah ke HIG. Lagi awal pergi, lagi puas hati shopping!

#LangkawiShopping #DutyFreeLangkawi #HIGLangkawi #BorongCoklatLangkawi

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA