HalalXPlorer Logo
lokasi & tarikh iftar@kl
17 March 2025

LOKASI & TARIKH IFTAR@KL 2025: RAMADAN KEMBALI MERIAH DI DATARAN MERDEKA!

Kongsikan:

Iftar@KL 2025 kembali lagi dengan vibe Ramadan yang penuh kemeriahan! Kalau korang nak rasa suasana berbuka puasa yang best, sambil menikmati makanan enak dan aktiviti menarik, inilah tempatnya!

  • Lokasi: Jalan Raja, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
  • Tarikh: 15, 16, 22 & 23 Mac 2025
  • Masa: 8 pagi - 11 malam
LOKASI & TARIKH IFTAR@KL 2025: RAMADAN KEMBALI MERIAH DI DATARAN MERDEKA!

APA YANG MENARIK DI IFTAR@KL 2025?

Tahun ini, Iftar@KL bukan sekadar tempat berbuka, tapi penuh dengan aktiviti yang buat korang rasa Ramadan lebih bermakna. Sebab itulah waktu majlis ini bukannya bermula petang, tetapi ia bermula jam 8 pagi lagi ! Antara program yang ada adalah:

  • Program Jom Exchange Al-Quran (JEQ) – Bawa Al-Quran lama atau rosak untuk ditukar dengan yang baru, ada perakuan KDN!
  • Gotong-royong penyediaan bubur lambuk – Rasa pengalaman buat bubur lambuk dengan komuniti!
  • Edaran bubur lambuk – Ambil bubur lambuk percuma untuk berbuka.
  • Tadarus Al-Quran & Tazkirah Ramadan – Penuhkan jiwa dengan ilmu dan bacaan Al-Quran.
  • Bicara Ramadan – Sesi perkongsian ilmu selepas Tarawih.
  • Persembahan Nasyid & Aktiviti Keagamaan – Nikmati alunan muzik Islamik yang menenangkan.
  • Kaunter Zakat – Mudahkan urusan pembayaran zakat di lokasi.
  • Food Truck & Pameran – Jom jalan-jalan cari makan!

JOM JOIN PERTANDINGAN POV IFTAR@KL 2025!

Nak menang hadiah cash sambil abadikan kenangan? Ini peluang korang!

LOKASI & TARIKH IFTAR@KL 2025: RAMADAN KEMBALI MERIAH DI DATARAN MERDEKA!

Caranya mudah:

  • Upload video/foto POV sepanjang Iftar@KL 2025 di TikTok atau Instagram.
  • Gunakan hashtag: #jkkn #mysenibudaya #POVIftarKL2025 #iftarJKKN
  • Pastikan akaun korang public!
  • Tarikh penyertaan: 15 & 16 Mac 2025
LOKASI & TARIKH IFTAR@KL 2025: RAMADAN KEMBALI MERIAH DI DATARAN MERDEKA!

Hadiah: RM500, RM300, RM200 & RM100 untuk pemenang bertuah!

LOKASI & TARIKH IFTAR@KL 2025: RAMADAN KEMBALI MERIAH DI DATARAN MERDEKA!

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai kehangatan Ramadan bersama komuniti di Iftar@KL 2025! See you there!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA