HalalXPlorer Logo
a muslim friendly guide to fukuoka 10 things you need to see eat do
13 March 2025

Panduan Mesra Muslim ke Fukuoka: 10 Aktiviti Wajib Buat & Makan!

Kongsikan:

Kalau korang tengah plan nak bercuti ke Jepun, cuba explore Fukuoka – bandar paling chill dengan vibe santai dan pemandangan yang lawa gila! Terletak di utara Pulau Kyushu, Fukuoka ni syurga untuk peminat makanan halal, shopping, dan tempat-tempat menarik yang confirm insta-worthy.


Macam Mana Nak Ke Sana?

Fukuoka terletak di utara Pulau Kyushu dan merupakan antara bandar tertua di Jepun. Nak ke sini? Kalau dari Malaysia, korang boleh ambil flight direct ke Fukuoka atau transit melalui Tokyo atau Osaka.


Aktiviti Best di Fukuoka

1. Layan Ski Musim Sejuk

Panduan Mesra Muslim ke Fukuoka: 10 Aktiviti Wajib Buat & Makan!
Kredit Gambar : @hiernita_ di Instagram

Dari November hingga Mac, Fukuoka ada beberapa spot best untuk ski. Antara tempat famous ialah Tenzan Resort di Saga, Kujyu Shinrin Koen di Oita, dan Gokase Highland Ski Resort di Kumamoto. Kalau korang newbie, Tenzan Resort ada artificial snow yang sesuai untuk beginner.

2. Relaks Dalam Onsen Private

Panduan Mesra Muslim ke Fukuoka: 10 Aktiviti Wajib Buat & Makan!
Kredit Gambar : @coocoo_sin di Instagram

Jepun terkenal dengan onsen (kolam air panas), dan korang boleh cari yang private untuk pengalaman lebih selesa. Antara tempat yang best ialah Ryotei Hanzuiryo dan Tsumikusa No Yado Komatsu, yang ada private bath dalam bilik! Sesuai untuk korang yang nak enjoy onsen dengan privacy penuh.

3. Ngopi di Kafe Hipster

moomin cafe manu coffee daimyo
Kredit Gambar : @yo4em di Instagram

Musim sejuk memang best kalau dapat lepak sambil minum latte panas. Manu Coffee di Daimyo antara tempat yang famous dengan roasted coffee dia. Kalau nak ambience unik, boleh try lepak di Moomin Café (tapi makanan kat sini tak halal, so kena berjaga-jaga!).

4. Jalan-Jalan di Pantai

nokonoshima island
Kredit Gambar : @shi___ki di Instagram

Fukuoka tak sejuk sangat walaupun musim sejuk, so korang still boleh enjoy pemandangan pantai. Shikanoshima Island ada sejarah unik sebab kat sinilah Gold Seal of the King of Na dijumpai. Untuk view bunga cantik, boleh ke Nokonoshima Island.

5. Singgah Kuil Jepun Tradisional

Kalau suka architecture tradisional Jepun, wajib singgah Kushida Shrine (kuil Shinto tertua di Fukuoka) dan Tocho-ji Temple yang terkenal dengan pagoda merah lima tingkat. Jangan lupa lawat Nanzo-in Temple yang ada patung Buddha berbaring terbesar di dunia!

6. Layan Winter Illumination

JR hakata
Kredit Gambar : @heitankob di Instagram

Musim sejuk di Fukuoka lagi meriah dengan lampu-lampu winter illumination. Singgah di JR Hakata Station atau Fukuoka Tower untuk tengok dekorasi lampu yang gempak gila. Kalau datang dekat Krismas, jangan lupa ke Uminonakamichi Seaside Park untuk tengok ribuan lilin menyala!

7. OOTD di Spot Menarik

Chikuzen Futamigaura
Kredit Gambar :  @linnalaura di Instagram

Banyak tempat menarik untuk tangkap gambar cantik, antaranya Chikuzen Futamigaura (pantai dengan torii gate putih yang epic!) dan Uminonakamichi Seaside Park yang ada dekorasi lampu cantik bila malam.


Makanan Halal Wajib Try di Fukuoka

8. Kiwamiya – Nikmati Motsunabe Halal

halal motsunabe fukuoka
Kredit Gambar :@scattiee di Instagram

Restoran ni terkenal dengan motsunabe (stew daging Jepun). Isi daging lembut, sayur segar, kuah pekat – memang padu!

  • Alamat: 4-9-3-3F, Nishijin, Sawara-ku, Fukuoka
  • Waktu operasi: Isnin-Jumaat (6PM-12AM), Sabtu & Ahad (5PM-12AM)

9. Nabi-San Halal – Makanan Timur Tengah & India

halal food fukuoka japan
Kredit Gambar :@mogizm di Instagram

Kalau craving makanan Arab atau India, restoran ni ada pilihan seperti kari ayam, kebab kambing dan mixed grill dengan harga berpatutan!

  • Alamat: 1 Chome-27-3, Motohama, Nishi Ward, Fukuoka
  • Waktu operasi: Isnin-Sabtu (11AM-7.30PM), Ahad tutup

10. Naniwa Sushi – Sushi Segar Muslim-Friendly

naniwa sushi
Kredit Gambar :@mr.kobayashi_007 di Instagram

Restoran sushi yang guna bahan halal dan tak tambah alkohol dalam shoyu sauce. Makan nigiri sushi dan sashimi fresh sambil dengar cerita dari chef lokal!

  • Alamat: 4 Chome-6-21 Sumiyoshi, Hakata Ward, Fukuoka
  • Waktu operasi: Isnin-Sabtu (12PM-2.30PM, 5PM-9PM), Ahad (5.30PM-10PM)

Fukuoka mungkin tak sepopular Tokyo atau Osaka, tapi bandar ni penuh dengan hidden gems yang wajib korang explore. Dari pemandangan cantik, makanan halal sedap, sampailah ke shopping murah, confirm Fukuoka takkan mengecewakan. So, bila lagi nak plan trip ke sini? Jom set date dan enjoy percutian mesra Muslim yang best gila ni!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA