Kalau korang tengah plan nak ke Langkawi dan bosan dengan aktiviti yang sama je setiap kali datang, korang memang kena masukkan Paradise 101 dalam itinerari kali ni.
Terletak dekat dengan Telaga Harbour di Pantai Kok, Paradise 101 bukan sekadar pulau biasa – tapi satu pulau private yang penuh dengan aktiviti, makanan best, view cantik, dan ruang untuk lepak yang buat korang rasa macam cuti VIP.
Macam Mana Nak Sampai Ke Paradise 101?
Nak ke Paradise 101 tak susah langsung. Korang cuma perlu ke Telaga Harbour Marina, dan dari situ, naik boat shuttle yang cuma ambil masa kurang dari 5 minit. Kalau korang dah beli mana-mana pakej Paradise 101, boat transfer ni memang dah termasuk sekali. Mudah dan pantas.
Apa Ada Dekat Paradise 101 Ni?
Paradise 101 ni sesuai untuk semua jenis jiwa – sama ada korang yang jenis nak relaks tepi pantai, suka bergambar, kaki aktiviti lasak, atau geng yang suka makanan sedap. Kat sini ada tiga vibe utama: Play, Relax dan Refresh.
PLAY: Aktiviti Air Paling Gila & Seronok
Kalau korang suka adrenaline rush, korang boleh cuba zipline terus dari atas pulau, lalu meluncur merentas laut Andaman. Nak chill sikit? Boleh naik banana boat, jetski, atau kayuh kayak sambil tenung langit. Ada juga Aqua Park terapung yang memang fun gila, lagi-lagi kalau datang ramai-ramai.
Antara highlight lain yang korang boleh try:
- Parasailing
- Sunset Cruise
- Powerboat ride
- Sea jacuzzi
Dan bestnya, semua aktiviti ni selamat sebab ada safety marshal standby.
RELAX: Tenang Macam Kat Private Resort
Bila penat main air, korang boleh landing dekat pantai putih bersih. Pilih nak lepak atas sunbed, hammock atau masuk ke Premium Lounge yang macam dalam hotel lima bintang. View laut dia memang lain macam – rasa nak tinggal terus kat sini.
Kalau jenis suka senyap, boleh duduk kat Sunset Deck sambil layan matahari terbenam. Nak solat? Jangan risau, surau pun ada disediakan.
REFRESH: Makan & Minum Sampai Puas
OMG Bar & Restaurant adalah tempat makan utama kat sini. Ada macam-macam pilihan makanan dan minuma, semua disediakan oleh chef yang memang tahu jaga rasa.
Pakej-Pakej Menarik Kat Paradise 101
Kalau nak masuk ke pulau ni, korang kena ada pass. Tapi don’t worry, ada banyak pilihan yang sesuai ikut bajet dan mood korang.
Jom Lepak & Chill Pass (RM30)
Pakej paling basic tapi cukup untuk rasa pengalaman lepak kat Paradise 101.
Silver, Gold, Platinum Package
Harga bermula dari RM216 ke atas untuk lebih banyak akses dan kemudahan, termasuk kayaking, aqua park dan makan minum.
Super Deal 1 (RM199)
- Shared Sunset Cruise
- Banana Boat Ride atau Kayaking
- Sea Jacuzzi
- Makanan ringan atas cruise + open bar
- Boat shuttle dan akses penuh ke fasiliti
Super Deal 2 (RM215)
- Jet Ski Fun Ride 30 minit
- Banana Boat Ride atau Aqua Park Access
- Boat transfer dan semua kemudahan
Super Deal 3 (RM430)
- Parasailing double flyer
- Banana Boat Ride atau Kayaking
- Semua akses dan kemudahan, termasuk transport
Ada juga family package, couple pass dan Flexi Booking untuk korang yang nak plan awal tapi tak nak terus confirm tarikh. Harga kanak-kanak pun lebih murah, dan bawah 7 tahun masuk percuma.
Kemudahan Lain Yang Menarik
Paradise 101 bukan setakat tempat main air. Kat sini ada pelbagai spot menarik dan kemudahan seperti:
- Open shower bawah langit biru
- Bird nest photo booth untuk gambar Instagram
- Prayer room (surau)
- Tempat memancing
- Ruang board games
- Tempat duduk outdoor, hammock & sun loungers
- Beach volleyball court
- Life vest untuk semua saiz
Setiap sudut pulau ni direka untuk bagi korang pengalaman yang chill dan bebas stress. Bila datang sini, rasa macam masuk dunia lain.
Nak Book?
Kalau korang berminat, boleh terus WhatsApp di +6012-473 2901 atau email ke reservations@naam.bz.
Alamat: Paradise 101, Telaga Harbour Marina, Langkawi, Kedah.
Kesimpulan
Paradise 101 bukan sekadar pulau main air. Ia adalah gabungan aktiviti outdoor, tempat makan sedap, view gila cantik, dan vibe chill yang sesuai untuk semua – dari couple yang nak honeymoon, family bercuti, sampai geng kawan-kawan yang nak lepas penat kerja. Kalau korang nak rasa Langkawi dari perspektif yang lebih eksklusif dan penuh fun, Paradise 101 memang destinasi wajib singgah.