HalalXPlorer Logo
paya indah discovery wetland
08 May 2025

Rimba Safari Gamuda Cove: Port Rare Untuk Lari Dari Hingar Kota

Kongsikan:

Kalau korang tengah cari port healing yang bukan biasa-biasa, tapi still fun dan family-friendly — Rimba Safari kat Paya Indah Discovery Wetlands, Gamuda Cove ni memang onz gila. Lagi-lagi sebab masuk PERCUMA pada 10 & 11 Mei 2025, dari pukul 10 pagi sampai 6 petang.

rimba safari gamuda cove

Dan ya, bukan setakat masuk je free — ada banyak aktiviti yang buat korang rasa macam tengah travel ke safari luar negara. Siap ada promo 2nd ride RM1 kalau beli tiket walk-in untuk aktiviti terpilih. Tak ke berbaloi?

Rimba Safari Gamuda Cove: Port Rare Untuk Lari Dari Hingar Kota

Pengalaman Luar Biasa Dalam Suasana Alam Semula Jadi

Rimba Safari ni bukan sekadar zoo tepi jalan. Dekat sini korang boleh betul-betul feel suasana semula jadi sambil chill dan berinteraksi dengan haiwan eksotik macam:

  • Kuda mini Falabella
  • Alpaca
  • Burung kakak tua
  • Meerkat
  • Dan yes, korang boleh bagi makan kat gajah, buaya, kura-kura & itik.
Rimba Safari Gamuda Cove: Port Rare Untuk Lari Dari Hingar Kota

Nak tangkap gambar aesthetic? Ada Safari Insta-Tour, naik trak safari sambil pusing kawasan paya yang kaya biodiversiti. Nak vibe tenang pulak? Join pelayaran bot atas tasik sambil tengok habitat liar.


Aktiviti Lain Yang Wajib Korang Try

  • Petting Zoo: Arnab, kambing pygmy, guinea pig — semua jinak & friendly.
  • Menunggang kuda: Aktiviti feveret budak-budak, tapi ramai juga mak ayah join sekali.
  • Memancing dalam longkang: Nampak simple, tapi fun gila especially untuk family bonding.
  • Camping & BBQ: Korang boleh bawa khemah atau caravan, lepak tepi unggun api, bakar BBQ, dan tidur bawah bintang. Rare experience macam ni susah nak dapat kat tempat lain.
Rimba Safari Gamuda Cove: Port Rare Untuk Lari Dari Hingar Kota

Nak Pergi? Ni Tips Ringkas Tapi Berguna:

  • Datang awal: Kalau boleh, sampai sebelum 10 pagi especially hujung minggu.
  • Pakai outfit selesa: Banyak aktiviti outdoor. Bawa topi, kasut sport & sunblock.
  • Standby kipas mini: Malaysia panas, so better bersedia.
  • Plan ikut zon: Kalau datang dengan anak-anak, plan siap-siap aktiviti mana nak pergi dulu.
  • Ambil gambar banyak-banyak: Setiap sudut Instagrammable.

Lokasi

  • Gate 2, Paya Indah Discovery Wetlands, Dengkil
  • 10 & 11 Mei 2025
  • 10 pagi – 6 petang

Sebahagian aktiviti mungkin ada bayaran tambahan, so boleh semak kat kaunter pendaftaran nanti.


Rimba Safari ni memang full pakej – ada hiburan, pendidikan, dan pengalaman rare yang sesuai untuk semua lapisan umur. Kalau korang dah penat dengan city life dan nak something fresh, natural dan meaningful untuk weekend nanti, ni la tempatnya.

Rimba Safari Gamuda Cove: Port Rare Untuk Lari Dari Hingar Kota

Nak info lanjut? Check out:

Jangan tunggu last minute. Plan sekarang, ajak satu family. Kita jumpa kat Rimba Safari!

Kategori, Tag dan Negeri
1 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA