HalalXPlorer Logo
tempat menarik di langkawi
12 March 2025

Senarai Tempat-Tempat Menarik Wajib Pergi di Langkawi !

Kongsikan:

12 TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI - WAJIB SINGGAH!

Kalau korang plan nak bercuti ke Langkawi, confirm kena visit tempat-tempat legend ni! Tak sah datang Langkawi kalau tak jejak tempat-tempat best ni:

  1. Makam Mahsuri – Sejarah Mahsuri yang penuh mistik, wajib dengar cerita ni!
  2. Dataran Helang – Spot bergambar paling ikonik di Langkawi.
  3. Cable Car (SkyCab) – View Langkawi dari atas? Memang padu!
  4. Underwater World Langkawi – Aquarium terbesar di Malaysia, ada penguin tau!
  5. Fire Show (Cenang Beach) – Best gila tengok persembahan api waktu malam.
  6. Kilim Geoforest Park – Explore hutan bakau dengan boat ride.
  7. Muzium Laman Padi – Nak tahu pasal sejarah padi? Wajib datang sini.
  8. Kompleks Kraf Tangan – Macam-macam kraf tradisional boleh beli.
  9. MARDI Agro Technology Park – Ladang buah-buahan fresh & boleh petik sendiri.
  10. Langkawi Nature Park – Tengok haiwan eksotik dalam habitat semula jadi.
  11. 3D Art Langkawi – Muzium seni 3D, confirm gambar Instagram korang meletup!
  12. Galeria Perdana – Koleksi hadiah Tun Dr Mahathir, ada banyak barang rare!

10 AKTIVITI MENARIK DI LANGKAWI - TRY KALAU BERANI!

Tak cukup kalau datang Langkawi just jalan-jalan, kena try aktiviti best ni:

  1. Snorkeling di Pulau Payar – Coral cantik, air jernih, memang puas hati.
  2. Island Hopping – Naik bot, pergi pulau-pulau lawa.
  3. Jetski Tour – Ride jetski sambil explore lautan.
  4. Mangrove Tour – Naik boat, masuk hutan bakau, jumpa helang & biawak gergasi.
  5. Skytrex – Aktiviti lasak, zipline dalam hutan.
  6. Langkawi Extreme Park – ATV ride, go-kart, paintball, semua ada!
  7. Banana Boat – Nak thrill? Naik ni confirm jerit satu pantai dengar!
  8. Parasailing (On Boat/On Beach) – View dari atas? Pergh, next level!
  9. Helicopter Ride – Nak feel macam VIP? Naik heli pusing Langkawi.
  10. Sunset Dinner Cruise / Geopark Day Cruise – Cruise romantik, tengok sunset lawa gila.

11 TEMPAT SEMULA JADI & VIEW CANTIK DI LANGKAWI

Langkawi bukan je ada pantai lawa, tapi banyak lagi spot semula jadi yang mantap:

  1. Gunung Raya – Gunung tertinggi Langkawi, view dari atas memang superb.
  2. Pantai Pasir Tengkorak – Hidden gem, pantai bersih & kurang orang.
  3. Pantai Pasir Hitam – Pasir warna hitam! Rare kan?
  4. Temurun Waterfall – Air terjun paling tinggi di Langkawi.
  5. Telaga Tujuh – Air terjun bertingkat, trek mendaki sikit tapi worth it!
  6. Durian Perangin – Air terjun lawa, sesuai untuk picnic.
  7. Pantai Kok – Lagi satu pantai best untuk chill.
  8. Tanjung Rhu – Pasir putih, air jernih, macam kat Maldives!
  9. Pemandangan Indah – Spot ni nama je simple, tapi view memang indah!
  10. Telaga Harbour – Port lawa untuk OOTD.
  11. Pantai Teluk Yu – Pantai yang tenang & cantik.

8 TEMPAT SHOPPING BEST DI LANGKAWI

Tak sah bercuti tanpa shopping! Langkawi kan syurga coklat & pinggan mangkuk murah:

  1. HIG Kompleks – Wajib beli coklat murah gila kat sini!
  2. Idaman Suri – Pinggan mangkuk & periuk belanga murah-murah.
  3. Coco Valley – Syurga coklat import.
  4. Rams Home Decor – Macam-macam barang rumah ada.
  5. The Zon Chenang – Shopping & duty-free best kat Cenang.
  6. Atma Alam Batik Printing – Nak kain batik cantik? Datang sini!
  7. Langkawi Fair Shopping Mall – Shopping mall terbesar di Langkawi.
  8. Langkawi Parade – Shopping lagi? Sini pun banyak pilihan.

PASAR MALAM DI LANGKAWI – FOOD HUNTER WAJIB DATANG!

Nak try makanan local & seafood fresh? Ini jadual pasar malam kat Langkawi:

  • Ahad – Tapak Beras Terbakar (Padang Matsirat)
  • Isnin – Ulu Melaka (Jalan Padang Matsirat)
  • Selasa – Padang Wahid & Kampung Ewa
  • Rabu & Sabtu – Kuah (berhampiran De Baron Resort)
  • Khamis – Temoyong (berhadapan dengan Villa Thai)
  • Jumaat – Air Hangat

So, korang ready ke nak conquer Langkawi? Dengan semua tempat & aktiviti best ni, confirm trip korang jadi legend! Jom Langkawi!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA